Translate

27 June 2021

PDRM siasat anggota keluar kenyataan jelik terhadap pelatih wanita (Video)


 


PDRM siasat anggota keluar kenyataan jelik terhadap pelatih wanita

Farham Cik TV

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang jurulatih sebuah pusat latihan polis (Pulapol) kerana mengeluarkan kenyataan jelik terhadap pelatih wanita.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia mencemarkan integriti PDRM serta tahap profesionalisme di institusi Pulapol.

"Siasatan dalaman terhadap jurulatih polis itu telah dimulakan dan sehingga siasatan diperoleh, anggota itu akan dipindahkan untuk membuat tugas am pejabat.

"Pucuk pimpinan PDRM menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kenyataan, perbuatan serta perilaku yang boleh ditafsirkan sebagai sexist dan seumpamanya dalam kalangan warga PDRM," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tegas Zaini, sebarang salah laku akan diambil tindakan tegas dan segera di bawah peruntukan undang-undang serta peraturan tatatertib pegawai awam sedia ada.

Pada Ahad, tular di media sosial satu video berdurasi 23 saat memaparkan seorang anggota polis lelaki yang bertugas sebagai jurulatih di sebuah Pulapol dikatakan mengeluarkan kenyataan jelik terhadap pelatih wanita.

27 Jun 2021

Video: Media Sosial

Source: Farham Cik TV YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from George town viewed 'UNDERWORLD GANG WAR LIKELY BEHIND MALAYSIA'S SPATE' 20 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 4 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 4 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 4 hrs 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 49 mins ago