Translate

30 June 2021

'Kenduri durian', polis akan panggil Timbalan Speaker (Video)

Polis membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Batu Pahat


'Kenduri durian', polis akan panggil Timbalan Speaker

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan.

Ia susulan klip video kenduri durian di sebuah kebun yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pihaknya akan memanggil Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu dan pihak terbabit dalam klip video berkenaan bagi membantu siasatan.

"Satu laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan telah dibuka untuk menyiasat kejadian yang berlaku di dalam video tersebut.

"Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Tular di media sosial rakaman video berdurasi 13 saat memaparkan majlis kenduri durian di sebuah kebun dipercayai di Batu Pahat dengan kehadiran Abdul Rashid.

Mohd Rashid ketika dihubungi menjelaskan, klip video itu adalah rakaman lama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Tambah Ismail, orang ramai diminta tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

FOR MORE NEWS GO TO:



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 4 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 56 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 3 hrs 37 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 4 hrs 19 mins ago