Translate

30 June 2021

Akhirnya Timbalan Speaker Mengaku Menghadiri Jamuan Durian Baru-Baru dan Bukan Tahun Lepas





Rashid akui hadir jamuan durian baru-baru ini, bukan tahun lalu
Malaysiakini


Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon mengaku menghadiri jamuan durian baru-baru ini dan bukan tahun lalu seperti yang didakwa sebelumnya.

Dia juga meminta maaf atas kesalahannya dan berjanji akan memberikan kerjasama dengan pihak polis yang sedang menyiasat insiden itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rashid berkata kekeliruan timbul apabila terdapat pihak media yang menghubunginya bagi bertanyakan mengenai video berkenaan dan dia menjawab soalan tanpa menonton terlebih dahulu rakaman tersebut.

"Setelah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, barulah saya ada kesempatan untuk analisa video yang terkait pada saya.


"Saya mohon maaf atas kekhilafan ini dan menyerahkan siasatan lanjut dan saya berjanji untuk memberikan kerjasama kepada pihak PDRM," katanya dalam kenyataan.





Semalam Rashid bersama Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara menghadap Agong bagi membincangkan isu pembukaan semula Parlimen.



Timbalan speaker itu baru-baru ini dirakam lensa kamera sedang menikmati acara makan durian dengan sekumpulan individu.

Acara itu dikatakan berlangsung di kawasannya di Batu Pahat pada Ahad lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Rashid mengatakan jamuan durian itu berlaku tahun lalu dan ia merupakan "video lama".

Pembantunya juga mengatakan kehadiran seorang individu di pesta durian itu dengan memakai pakaian yang sama dengan acara sebelumnya di Majlis Perbandaran Batu Pahat, berlaku secara "kebetulan".

'Berbincang tentang bantuan'

Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, lawatan ke kebun durian berkenaan dilakukan selepas menerima aduan daripada pekebun kecil termasuk pengusaha sayur dan buah-buahan yang mengalami kesukaran menjual hasil tanaman mereka berikutan jualan yang merosot.

Katanya, kebun durian itu diusahakan masyarakat setempat yang turut terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

"Kebetulan ketika itu terdapat lawatan kerja YB Zuraida Kamaruddin ke Batu Pahat. Oleh itu, kami menghadiahkan durian kepada rombongan menteri untuk dibawa pulang.

"Selepas rombongan menteri pulang, saya dibawa ke kebun oleh salah seorang pengusaha pada sebelah petang bagi mendengar permasalahan yang dihadapi dan berbincang lanjut.

"Setiba saya di kebun, pengusaha kebun durian tersebut menghidangkannya kepada kami.

"Saya menjamah sedikit durian sambil berbincang dengan pengusaha kebun mengenai langkah-langkah bantuan yang boleh dihulurkan," katanya yang menambah dia meninggalkan program itu lebih awal kerana perlu pulang ke Kuala Lumpur.




Kes Kenduri durian: Netizen 'siasat' sampai ke tudung, jersi Liverpool

 

 

 Kenduri durian: Netizen 'siasat' sampai ke tudung, jersi Liverpoo



Malaysiakini

Penjelasan Ahli Parlimen Batu Pahat, Rashid Hasnon bahawa kenduri durian yang dihadirinya adalah acara yang dianjurkan tahun lalu, menyebabkan warga maya melakukan 'siasatan' terperinci rakaman video berkenaan.

Warga maya juga mempertikaikan penjelasan pembantu Rashid bahawa individu yang memakai pakaian yang sama dengan acara sebelumnya di Majlis Perbadaran Batu Pahat pada 27 Jun adalah secara "kebetulan".

Sebarang perhimpunan adalah dilarang ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu mendakwa kenduri durian itu berlangsung pada Mac tahun lalu.
Namun, seorang netizen mendakwa jersi Liverpool yang dipakai oleh salah seorang peserta kenduri durian itu menggunakan logo Nike, yang dikeluarkan bagi musim ini.

"Tahun lalu, jersi Liverpool menggunakan jenama New Balance. Tetapi jika anda melihat gambar orang yang memakai jersi Liverpool, ia mengenakan jenama Nike dan patch EPL emas, itu bermakna jersi itu dari musim 2020/2021," kata seorang pengguna Facebook.

Nike merupakan penaja rasmi jersi Liverpool pada awal musim Liga Perdana Inggeris yang bermula pada Ogos 2020 dan masih berterusan sehingga kini.

Sebelum itu, New Balance adalah penaja pasukan bola sepak Inggeris itu.

Sementara itu, seorang lagi netizen mendakwa tudung yang dipakai oleh peserta pada jamuan durian itu adalah daripada koleksi terbaru Fareha yang baru dilancarkan dua bulan lalu.

Netizen juga mendedahkan bahawa individu yang berpakaian sama pada pesta durian itu telah menerima replika cek bernilai RM2,000 bertarikh 27 Jun dari Rashid pada acara sebelumnya.

Sebahagian individu di pesta durian itu juga kelihatan mengenakan pakaian seperti t-shirt Perikatan Nasional (PN).

Walaupun PN mula berkuasa pada awal Mac 2020, namun ia hanya menjadi gabungan rasmi pada Ogos 2020 iaitu menjelang pilihan raya Sabah.

Logo PN juga dilancarkan pada bulan yang sama.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Zuraida Kamaruddin juga mengesahkan yang dia telah disajikan dengan durian pada acara sebelumnya, tetapi mendakwa dia tidak hadir di pesta durian itu.

"Festival itu tidak ada kaitan dengan saya. Saya tidak berada di majlis itu, "katanya.

 

LIVE - Eksklusif Bersama Ustaz Ebit Lew Dari Gaza | 8.30 PM


 

MyAssist MSME Portal, one-stop centre to assist SMEs

Tan Sri Muhyiddin Yassin today launched the MyAssist MSME Portal



MyAssist MSME Portal, one-stop centre to assist SMEs

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin today launched the MyAssist MSME Portal, a one-stop centre and new norm solution for business facilitation needs of the small and medium-sized entreprises (SMEs).

The Prime Minister said as a government's initiative under the National Economic Recovery Plan (PENJANA), the portal provides a platform for SMEs to seek business advisory and information, guidance and digital marketing opportunities.

"The platform will assist SMEs to solve their business-related problems and issues in the new norm. This is proof of the government's commitment to ensure that local SMEs will continue to be empowered to face current challenges."

Muhyiddin said this in a pre-recorded speech for the virtual launch of MyAssist MSME Portal and National SME Week 2021 today.

He said it was timely that the portal was developed during the Covid-19 pandemic which had forced society to adopt the use of digital applications in many aspects of daily life, hence increase the use of information technology.

Muhyiddin said SME entrepreneurs need to reform and embrace the idea of digitisation in order to be able to compete and increase their efficiency in business.

"Digitisation is an important element, not only to revive the business but also to those who want to start a business. So, entrepreneurs can no longer have that wait-and-see attitude," he said.

In order to improve the digital network in the country, the Prime Minister said the government had announced the implementation of the national digital infrastructure plan, Jalinan Digital Negara (JENDELA), which will be the country's digital communication improvement platform under the 12th Malaysia Plan (2021–2025).

JENDELA will be the platform to achieve that aspiration by accelerating the country's digital connectivity through the distribution of mobile, fibre optic and wireless access and paving the way to 5G, he explained.

He said the implementation of a nationwide digitisation plan would be of great benefit to all segments of society in Malaysia.

Meanwhile, Muhyiddin described SME Corp Malaysia's effort to organise the National SME Week 2021 virtually via the MyAssist MSME portal as appropriate.

He said the National SME Week themed 'Small Businesses, Big Ideas' was hoped to be the stepping stone for SME operators to venture into online business and gain bigger access to a wider market by exploring cross-border businesses at the international level.

While congratulating the launch of the ASEAN Access portal on June 16, the Prime Minister said the portal also had on display trade information and market access for the SME to explore in order to expand their business to the ASEAN region.

"I believe the ASEAN Access portal, which also hosts the MyAssist, will be the pathway for local SMEs to spread their wings abroad and for foreign SMEs to choose Malaysia as their destination for investment and business expansion, hence boost the country's economic growth," he said.

Muhyiddin also hoped that Malaysians, as consumers, will give their full support to the micro, small and medium-scale entrepreneurs by using their social media platforms positively to increase awareness and promote the products and services of local SMEs.

"To the micro, small and medium-scale entrepreneurs, I call on all of you to make optimal use of the MyAssist MSME portal to expand your business.

"The portal, with its interactive advisory module, business matching, e-exhibition and online exposition is a one-stop centre of the future. And the future is now," he added.

Selangor helps the M40 with internet subsidy scheme

Datuk Seri Amirudin Shari 


Selangor helps the M40 with internet subsidy scheme

BERNAMA

The Selangor government has announced that online registration for SISM40, an internet subsidy scheme for the M40 in the state, will begin tomorrow.

The Skim Internet Selangor M40 by Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI Selangor) is in partnership with Telekom Malaysia (TM).

The middle 40 per cent income group can enjoy a discount of RM10 - RM30 for 12 months through any of Unifi's eight packages in the Family, Singles and Basic categories.

"In the past, many of the government's initiatives were for the B40 (bottom 40 per cent income group), but we realise the M40 are badly affected, too.

"Therefore the government has collaborated with TM to introduce SISM40 to help Selangor's residents adapt to the new norm in the digital era," said Selangor Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, in a statement today.

He said TM's assistance was greatly appreciated and welcomed more collaboration with the private sector to help the rakyat.

For further information about SISM40 under Pakej Kita Selangor 2.0, visit www.sism40.com.my or call (03) 5030 4595/4596 from 9am - 5pm, Monday - Friday (except a public holiday).

10 pasukan khas ditubuhkan pantau perhimpunan Black Demokrasi di Kedah (Video)

Polis Kedah mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi di Kedah bagi memantau pergerakan perhimpunan Black Demokrasi untuk menggulingkan kerajaan. - Gambar Astro AWANI


10 pasukan khas ditubuhkan pantau perhimpunan Black Demokrasi di Kedah

Astro Awani

Polis Kedah mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi di Kedah bagi memantau pergerakan perhimpunan Black Demokrasi untuk menggulingkan kerajaan. - Gambar Astro AWANI

PADANG TERAP: Polis Kedah menubuhkan 10 pasukan khas untuk memantau pergerakan perhimpunan ‘Black Demokrasi' untuk menggulingkan kerajaan di beberapa lokasi yang dikenal pasti di negeri ini.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, selain itu pasukan pemantauan COVID-19 turut ditugaskan untuk memberi tumpuan terhadap demontrasi yang akan diadakan.

Bagaimanapun, kata beliau, buat masa ini, tiada sebarang perhimpunan berlaku di negeri ini dan keadaan masih terkawal.

Antara lokasi yang didakwa akan menjadi tempat perhimpunan ‘Black Demokrasi’ itu, tegas Kamarul Zaman, termasuk di beberapa buah masjid, Istana Anak Bukit selain beberapa di hadapan bangunan pejabat seperti Kumpulan Wang Simpanan Pejabat (KWSP).

“Kita telah buat pemantauan dan kita memperketatkan pergerakan keluar masuk ke dalam sesuatu daerah untuk memastikan mereka ini tidak bergerak… jika mereka bergerak tanpa tujuan tindakan akan diambil,” kata beliau kepada wartawan ketika ditemui semasa melakukan tinjauan operasi hari keempat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Kuala Pai, di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata demikian sebagai mengulas dakwaan akan berlaku himpunan ‘Black Demokrasi’ yang mengajak rakyat di negara ini membantah keras kerajaan yang didakwa menindas rakyat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bahkan, himpunan itu juga didakwa diadakan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Kamarul Zaman turut memberi amaran kepada rakyat di Kedah supaya tidak menyertai perhimpunan itu kerana tindakan tegas akan dikenakan.

Dalam masa sama, kata beliau, pihaknya juga akan melakukan rondaan di kawasan yang dikenal pasti di seluruh negeri ini untuk memastikan tidak ada yang cuba untuk menggugat ketenteraman awam.

Kamarul Zaman berkata, tindakan akan diambil mengikut Akta 342 dan kompaun akan diambil serta-merta jika ada yang melanggar prosedur operasi standart (SOP).

Sementara itu, tinjauan Astro AWANI di hadapan bangunan Persekutuan di Anak Bukit sehingga pukul 3 petang masih terkawal dan terdapat beberapa sekatan jalan raya (SJR) polis didirikan termasuk di hadapan Masjid Zahir.

FOR MORE NEWS GO TO:


Malaysia Covid-19 Update 30/6 | 62 New Deaths Today | New Cases - 6,276 | Recovered- 4,929 | Active Cases- 64,129 |


Kenyataan Akhbar KPK 30 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT  

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 

30 JUN 2021 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,929 kes (682,680 kes kumulatif, 90.8%);
  • Kes baharu : 6,276 kes (751,979 kes kumulatif);
  • Kes import : 16 kes (12 warganegara, 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,260 kes [4,997 warganegara (79.8%); 1,263 bukan warganegara (20.2%)];
  • Kes aktif : 64,129 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 905 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 452 kes;
  • Kes kematian : 62 kes (5,170 kes kumulatif, 0.69%; 59 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,844 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,958 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 886 kluster.

Sebanyak 62 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 22 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, tujuh (7) kes di Melaka, lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, empat (4) kes di Johor, masing-masing tiga (3) kes di Sabah dan Pahang, masing-masing dua (2) kes di Kelantan, Perak, Kedah, dan Wilayah Persekutuan Labuan,  serta satu (1) kes di Sarawak.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 Jun 2021 @ 5:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,836 (9)248,751
WP KUALA LUMPUR625 (7)77,678
JOHOR29970,824
SABAH24269,445
SARAWAK37664,851
NEGERI SEMBILAN64444,880
KELANTAN15934,811
PULAU PINANG13134,495
PERAK13726,628
KEDAH22625,269
MELAKA22318,415
PAHANG21013,666
TERENGGANU2011,201
WP LABUAN1328,169
WP PUTRAJAYA112,302
PERLIS5594
JUMLAH KESELURUHAN6,276 (16)751,979

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 62 kes kematian pada 30 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantinaUmur (Tahun)HospitalLatar Belakang Penyakit
5109SelangorLelaki (WN)49Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, jantung, dan paru-paru kronik
5110MelakaPerempuan (WN)52Hospital MelakaKencing manis
5111SelangorLelaki (WN)51Hospital AmpangParu-paru kronik
5112SelangorPerempuan (WN)48Hospital Kajang
5113SelangorPerempuan (WN)68Hospital Selayang
5114SelangorLelaki (WN)59Jenazah Dibawa Ke Hospital Ampang
5115PahangPerempuan (WN)52Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5116WP LabuanLelaki (WN)39Hospital Labuan
5117KelantanPerempuan (WN)74Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuDarah tinggi dan dislipidemia
5118SelangorPerempuan (WN)75Pusat Perubatan Universiti MalayaKencing manis, darah tinggi, hati kronik, dan sawan
5119Negeri SembilanPerempuan (WN)90Hospital Jelebu
5120SelangorPerempuan (WN)73Pusat Perubatan Universiti MalayaAsma dan strok
5121WP Kuala LumpurLelaki (WN)65Hospital Kuala LumpurKencing manis dan darah tinggi
5122Negeri SembilanLelaki (WN)58Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan strok
5123MelakaPerempuan (WN)42Hospital MelakaKencing manis
5124MelakaPerempuan (WN)84Hospital MelakaDarah tinggi
5125MelakaPerempuan (WN)61Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
5126PahangLelaki (WN)77Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
5127SelangorLelaki (WN)85Hospital Sungai BulohStrok
5128SelangorPerempuan (WN)72Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, dan tiroid
5129Negeri SembilanPerempuan (WN)104Hospital JelebuDarah tinggi
5130PerakLelaki (WN)55Hospital Teluk IntanKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
5131JohorLelaki (WN)75Hospital Sultan Ismail, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, dan jantung
5132JohorPerempuan (WN)46Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarObesiti
5133KelantanLelaki (WN)67Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuDarah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
5134PahangLelaki (WN)50Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
5135Negeri SembilanLelaki (WN)68Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, dan jantung
5136KedahLelaki (WN)74Hospital KulimKencing manis, darah tinggi, jantung, dan paru-paru kronik
5137SarawakLelaki (WN)76Hospital KapitKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik
5138MelakaLelaki (WN)78Hospital MelakaKencing manis
5139SelangorPerempuan (WN)66Hospital SelayangKencing manis
5140WP Kuala LumpurPerempuan (WN)66Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5141MelakaPerempuan (WN)60Hospital Melaka
5142SabahLelaki (WN)57Hospital Kota Belud
5143PerakPerempuan (WN)73Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
5144SelangorPerempuan (WN)32Hospital Shah AlamKencing manis, asma, dan obesiti
5145WP Kuala LumpurLelaki (WN)45Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan jantung
5146SelangorPerempuan (WN)70Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, dan kanser
5147Negeri SembilanLelaki (WN)57Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
5148JohorPerempuan (WN)85Hospital SegamatKencing manis, darah tinggi, dan paru-paru kronik
5149SelangorLelaki (WN)80Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti MalayaKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5150SelangorPerempuan (WN)54Hospital PutrajayaDarah tinggi
5151SelangorLelaki (WN)50Hospital Sungai BulohBuah pinggang kronik
5152Negeri SembilanLelaki (WN)65Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
5153MelakaLelaki (WN)66Hospital MelakaJantung
5154Negeri SembilanLelaki (WN)82Hospital JelebuDarah tinggi, dislipidemia, jantung, salur darah, dan strok
5155SelangorPerempuan (WN)73Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis dan darah tinggi
5156SelangorPerempuan (WN)59Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
5157SelangorLelaki (WN)72Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
5158SelangorLelaki (WN)62Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan
5159SelangorLelaki (WN)82Hospital Shah AlamJantung dan sawan
5160SelangorLelaki (WN)78Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5161WP Kuala LumpurLelaki (WN)87Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, jantung, dan paru-paru kronik
5162SabahLelaki (WN)68Jenazah dibawa ke Hospital Kota BeludParu-paru kronik
5163KedahPerempuan (WN)62Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis, buah pinggang kronik, dan asma
5164WP Kuala LumpurLelaki (WN)84Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
5165Negeri SembilanPerempuan (WN)83Jenazah dibawa ke Hospital Jelebu
5166Negeri SembilanLelaki (WN)62Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik
5167WP LabuanPerempuan (WN)83Jenazah dibawa ke Hospital Labuan
5168SabahLelaki (BWN)90Hospital TawauStrok
5169SelangorLelaki (BWN)50Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5170JohorPerempuan (BWN)38Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 6,276 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,8362421,5959990
NEGERI SEMBILAN644124331189
WP KUALA LUMPUR6251462697203
SARAWAK3766125461
JOHOR29912411560
SABAH2429011933
KEDAH2263714346
MELAKA2239210130
PAHANG210143589
KELANTAN159825027
PERAK137765110
WP LABUAN132215556
PULAU PINANG131723722
TERENGGANU20992
WP PUTRAJAYA1156
PERLIS55
JUMLAH KESELURUHAN6,2761,3193,197161,744

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 30 JUN 2021

No. Nama Kluster Kategori Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah disaring 
1Industri Jalan Ikan DuyungTempat Kerja Selangor Klang37102
2Industri Subang Utama EnamTempat Kerja Selangor Klang dan Petaling 28235
Jalan PPS SatuTempat Kerja Selangor Klang1226
Industri Jalan Masjid Batu SembilanTempat Kerja Selangor Kuala Langat dan Klang186311
Perindustrian 33Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong1369
Pasar TTDITempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong dan Cheras1149
 Jalan Prima ImpianTempat Kerja WP Kuala Lumpur Kepong2628
Jalan Thean TeikTempat Kerja Pulau PinangTimur Laut37122
Perindustrian Murni EmpatTempat Kerja JohorKulai36314
10 Jalan Penaga IndustriTempat Kerja Johor Johor Bahru dan Kota Tinggi35108
11 Batu 23 ChohTempat Kerja JohorKulai, Pontian, dan Batu Pahat 6224
12 Perindustrian Rami SatuTempat Kerja JohorMuar22293
13 Industri BidorTempat KerjaPerakBatang Padang873
14Kampung Pangkal JetasKomuniti Kelantan Machang19163
15Jalan 14/44 Padang TembakKomuniti Kelantan Kota Bharu 1624
16Kampung Nibong LemalKomuniti KelantanPasir Mas89
17Parit KeromaKomuniti Johor Muar1113
18LimbawangKomuniti Sabah Beaufort30160
19Tema SaanKomuniti Sarawak Tebedu42223
20Po AiKomuniti Sarawak Sri Aman106330
21BlimbingKomuniti Sarawak Bau3590
22Jalan Emas PutihKumpulan Berisiko TinggiSelangor Klang828
23Meranti IndahPendidikan LainPahangBera1642

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED