Translate

13 December 2020

Pejabat Ketua Pembangkang Nafi 10 Ahli Parlimen UMNO Sokong Anwar

                  
Pejabat Ketua Pembangkang nafi 10 Ahli Parlimen UMNO sokong Anwar

Astro Awani
13 Disember 2020

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Pembangkang hari ini menafikan laporan berita yang menyebut 10 Ahli Parlimen (MP) UMNO memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maklumat diperolehi daripada sumber yang menyatakan sokongan termasuk oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu juga disifatkan sebagai palsu.

"Kami menafikan laporan berita itu.

"Maklumat berkenaan juga disifatkan sebagai palsu," katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI pada Ahad.

Terdahulu, laporan menyebut sokongan yang diperoleh Anwar daripada 10 MP UMNO tersebut adalah dalam bentuk akuan bersumpah (SD) yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut sumber itu lagi, sokongan UMNO kepada PH yang turut dianggotai oleh DAP itu sepatutnya dicetuskan semasa kemelut Perak baru-baru ini, tetapi digagalkan setelah Majlis Tertinggi (MT) UMNO menolak kerjasama parti itu dan PH.

Pada Sabtu, khabar angin bertiup kencang mengatakan Anwar sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Sumber dalaman PKR memberitahu Astro AWANI bahawa beliau sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk SD

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 1 secs ago
A visitor from Labuan viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 46 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 7 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 13 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fahmi mahu syarikat telekomunikasi kemuka penyeles' 19 mins ago