Translate

01 June 2020

Zahid nafi serah dokumen mahkamah kepada Tun M








Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi nafi serah dokumen mahkamah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau menyerahkan dokumen mahkamah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuan 23 Mac lalu.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, dokumen yang didakwa sebagai dokumen mahkamah itu sebenarnya adalah Akuan Bersumpah (SD).

"Gambar yang tular di media sosial adalah perjumpaan Presiden parti-parti politik untuk mencadangkan agar Dr Mahathir mewujudkan Kerajaan Perpaduan tanpa DAP, PKR (Anwar) dan Amanah.

"Itulah titik persamaan persetujuan bagi memulakan perbincangan namun sokongan ditarik balik apabila Dr Mahathir pada Selasa mencadangkan Kerajaan Perpaduan semua parti yang melanggar persetujuan awal," katanya dalam status yang dimuat naik pada Ahad.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Washington viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 18 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kalau tidak mampu jangan pegang kuasa - Hannah | B' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk ditahan sekali lagi kemuka butir matan palsu' 30 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Ringgit meningkat berbanding dolar AS | BEST FBKL' 39 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 39 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit meningkat berbanding dolar AS | BEST FBKL' 39 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Ringgit meningkat berbanding dolar AS | BEST FBKL' 40 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Ringgit meningkat berbanding dolar AS | BEST FBKL' 41 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam' 42 mins ago
A visitor from Kathmandu viewed 'Kerajaan MADANI terus pergiat usaha sokong anak se' 47 mins ago