Translate

27 June 2020

Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT, ) 'runner' ditahan minta rasuah RM4,000 daripada peniaga

Astro Awani
Jun 27, 2020 20:14 MYT


Penguat kuasa berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 pada petang Sabtu di pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberikan keterangan. - Gambar Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Sabtu menahan seorang penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana disyaki meminta wang rasuah berjumlah RM4,000 daripada seorang peniaga kedai makan.

Penguatkuasa berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 pada petang Sabtu di pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, penahanan dibuat susulan daripada tangkapan seorang lelaki yang disyaki bertindak sebagai runner kepada individu berkenaan untuk meminta wang sogokan.

Runner berusia 36 tahun itu ditahan pada jam 7.45 malam pada Jumaat di sebuah gerai makan di ibu negara.

Majistret Mahkamah Kuala Lumpur membenarkan tahanan reman terhadap runner tersebut selama lima hari bermula 27 Jun hingga 1 Julai.

Menurut sumber, pada 15 Jun lepas, sepasukan penguat kuasa PBT telah memeriksa dan menyita kedai makan di sebuah apartmen di ibu negara kerana kesalahan tiada lesen perniagaan yang sah dan menggaji pekerja asing.

Tiga hari kemudian, seorang runner telah datang dan berjumpa peniaga kedai makan tersebut dan meminta wang rasuah RM4000 sebagai balasan agar tidak dikenakan tindakan.

Individu tersebut juga meminta wang perlindungan berjumlah RM500 secara bulanan supaya kedai makan tersebut tidak diganggu dan tidak diambil tindakan undang-undang.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna Datuk Seri palsu, laporan polis dibuat terhad' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PGA serbu kilang haram, sita pelbagai mesin bernil' 58 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Nov 18 ruling on Syed Saddiq's bid for judicial re' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Actor Zul Ariffin has claimed that a viral s*x vid' 4 hrs 1 min ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 6 hrs 57 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 8 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 9 hrs 40 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 9 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 10 hrs 37 mins ago