Translate

27 November 2019

RON95 naik 1 sen setiap minggu tahun depan sehingga harga petrol RON95 mencapai harga pasaran.




RON95 naik 1 sen setiap minggu tahun depan

MyMetro


HARGA petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan pada Januari 202. FOTO arkib NSTP


Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


HARGA petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan Januari depan bertujuan tidak membebankan pengguna.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, kementerian memutuskan menaikkan harga bahan api sebanyak satu sen setiap minggu sehingga harga petrol RON95 mencapai harga pasaran.


“Keputusan mengapungkan harga minyak bagi meringankan kos hidup rakyat selain mengelak harga barangan tidak naik secara mendadak.


“Kita akan apungkan harga petrol berperingkat sebanyak sen satu seminggu sehingga harga RON95 sampai harga pasaran,” katanya pada sesi jawab lisan di sidang Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang mahu tahu mekanisme kementerian mengelak harga barang meningkat selepas pelaksanaan PSP.

Katanya, PSP tidak akan dilaksanakan di Sarawak, Sabah dan Labuan, sebaliknya terus menikmati harga subsidi RON95 pada harga RM2.08 seliter.

Chieng Jen berkata, kementerian juga ada Akta Kawalan Harga supaya peniaga tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan berlebihan selepas pelaksanaan PSP.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan PSP hanya berkuat kuasa di Semenanjung sahaja yang bakal meringankan beban kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki berkenderaan.

“Bagaimanapun, rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan akan menikmati subsidi petrol secara pukal iaitu pada harga runcit semasa RM2.08 seliter selepas kerajaan mengambil kira keperluan kebanyakannya menggunakan kenderaan berkapasiti enjin besar dan diesel.

“Oleh itu, rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan PSP dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 November 2019 @

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 23 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 4 hrs 39 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 5 hrs 38 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 5 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 35 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 6 hrs 44 mins ago