Translate

02 November 2019

11 samseng jalanan dicekup dalam operasi khasdi Nilai dan Seremban dijalankan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman



Oktober 28, 2019
MKL Crimedesk
11 samseng jalanan dicekup dalam operasi khas dijalankan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman di Lebuhraya Plus Kuala Lumpur menghala ke Seremban bagi membanteras aktiviti lumba haram awal pagi tadi.

Ketika operasi dilakukan pasukan berkenaan terserenpak dengan 11 mat rempit itu yang membuat aksi menunggang secara melulu dan merbahaya.

Saspek menunggang secara melulu dan merbahaya dengan cara berbaring di atas tempat duduk sambil meluruskan kaki ke belakang dan memotong sesama sendiri secara zig-zag .

Perbuatan mereka dapat dikesan dari kilometer 266.5 hingga ke KM 259.3 susur Plaza Tol Port Dickson

Selepas kesemua saspek berhenti di sebuah kedai makan, Restoren pasukan tangkapan telah menghampiri kesebelas saspek dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis sebelum tangkapan dibuat.

Kesemua saspek bersama motosikal masing-masing dibawa balik ke IPD Seremban untuk tindakan lanjut.

#MKLCRIMEDESK
#MATREMPIT
#PDRM


Oktober 27, 2019


Pada 26 Oktober 2019 Unit Risikan / Operasi JSPT Bukit Aman keluar tugas Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya Plus Kuala Lumpur menghala ke Senawang bagi membanteras aktiviti lumba haram.

Pada jam lebih kurang 12 malam, pasukan tangkapan telah nampak 4 buah motosikal telah menunggang secara melulu dengan bersaing sesama sendiri, membuat zig zag dan menundukkan badan

Pasukan tangkapan telah mengekori saspek dalam jarak dekat dan tidak terputus dari pandangan mata bagi membuat pengecaman.

Jam 12.47 Pagi, keempat-empat saspek telah berhenti di Stesen Minyak SHELL R&R Seremban dalam keadaan baik dan selamat.

Pasukan tangkapan telah menghampiri keempat-empat saspek dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis sebelum tangkapan dibuat.

Kesemua (14) saspek bersama m/sikal masing-masing dibawa balik ke IPD Nilai untuk tindakan lanjut.
__

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED