Translate

23 November 2019

Malaysia Beat Indonesia (Again) in Semi Finals of Asian School FC U-18 | Indonesia U18 1-1 Malaysia U16 (Pen: 3-5) | 22.11.19






ASFC U-18: ‘Budak Sekolah’ Malaysia tumpaskan Indonesia di Balikpapan


Hafizuddin OmarHafizuddin Omar
Indonesia lagi tewas kepada Malaysia!
Skuad bola sepak bawah 18 tahun (B-18) yang mewakili Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia B-18 dalam saingan separuh akhir Asian School Football Championship (ASFC U-18) yang berlangsung di Balikpapan, malam tadi.
Malaysia B-18 berjaya mencatatkan kemenangan 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 selama 100 minit masa permainan dalam perlawanan yang mengambil tempatnya di Stadium Batakan.

–– ADVERTISEMENT ––


Indonesia terciduk lagi ditangan Malaysia.

Pasukan Malaysia U18 berjaya lyak ke perlawanan akhir selepas menumbangkan Indonesia 5-3 melalui penentuan sepakan penalti.




Embedded video


Lebih manis, skuad Malaysia pada kali ini secara keseluruhannya diwakili oleh pemain-pemain berusia 16 tahun tetapi mempunyai semangat yang kental sehingga berjaya bangkit daripada ketinggalan 1-0.
Mereka juga terpaksa bermain dengan 10 orang pemain kerana seorang pemain dilayangkan kad merah.


Esok semi final Asian School Football Federation Championship U18 di antara Malaysia vs Indonesia.Semoga peroleh kemenangan dan dipermudahkan segala urusan.@harimaumalaya7 @YouthFootballMy @UltraJangMag @ultrasmalaya07


View image on Twitter
Pasukan MSSM diwakili oleh pemain AMD dan 3 dari Akademi JDT.Kesemua mereka adalah pemain yg berumur 16 tahun.


Bertambah kagum apabila skuad ‘budak sekolah’ Malaysia ini berjaya menyerap tekanan daripada 40,000 penyokong tuan rumah yang memenuhi seluruh pelusuk stadium.
Ada beberapa ketika penyokong tuan rumah memaksa pengadil perlawanan memberhentikan permainan ekoran aksi mereka membaling botol ke dalam padang.
Kejayaan skuad Malaysia B-18 menumpaskan Indonesia B-18 membolehkan mereka mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada hari ini.
Menanti mereka di peringkat akhir adalah Thailand yang berjaya menumpaskan Republik Korea 1-0 dalam sebuah lagi pertemuan separuh akhir yang turut berlangsung pada malam tadi.



COMMENTS


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Kes Zayn Rayyan 'Stressnya sampai rasa nak bunuh o' 5 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 3 hrs 38 mins ago
A visitor from Bangkok viewed 'March 2016' 5 hrs 22 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 6 hrs 5 mins ago
A visitor from Sukhoy log viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 6 hrs 5 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 6 hrs 7 mins ago
A visitor from Moscow viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 6 hrs 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 21 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Manchester United kembali ke Malaysia pada 28 Mei ' 6 hrs 54 mins ago