Translate

22 November 2019

Sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini sahaja... 1 028 387 notis saman dikeluarkan




MKL Crimedesk
105K subscribers

[ JENAYAH MINGGU INI ]

Kesalahan tiada lesen memandu terus mencatatkan rekod tertinggi setiap tahun di seluruh negara dalam statistik Jabatan Pengangkutan Jalan.

Sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini sahaja... 1 028 387 notis saman dikeluarkan terhadap 1 365 875 buah kenderaan.

Timbalan Ketua Pengarah bahagian Perancangan dan Operasi JPJ berkata Zamakhshari Hanipah berkata... Kesalahan tiada lesen memandu adalah 275 254 kes.

Manakala tidak mempunyai lesen kenderaan motor LKM adalah 300 639 kes.

Ini membuktikan ramai pengguna jalan raya tidak berkemahiran dalam pemanduan sehingga merisikokan nyawa pengguna lain.

Jelasnya... Melalui operasi rutin dan bersepadu juga, pihaknya mengesan sejumlah 143 869 kesalahan trafik di seluruh negara.

Beliau ditemui dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan yang ke 5 di Jalan Bangsar ke ibu negara malam tadi.

Dalam operasi jam 8 malam itu... JPJ terus memantau pematuhan undang undang jalan raya dikalangan masyarakat.

Operasi terbabit melibatkan 7 buah agensi dengan kekuatan lebih 100 anggota pegawai dan pelajar dari
AADK, JIM, PUSPAKOM, JKJR, JAS, Kementerian Pelancongan Seni Budaya Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Operasi tamat dengan 451 saman atas pelbagai kesalahan selepas memeriksa 2579 buah kenderaan.

12 motosikal disita

7 individu didapati positif dadah jenis meth dan pil kuda

50 buah topi keledar dan 250 pelekat pemantul cahaya diedarkan.

5 pendatang asing tanpa izin juga dikesan.

Sebuah motosikal diarah periksa Jas.

Seorang pemandu bas ditahan kerana tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong.

#MKLCRIMDESK
#OPSBERSEPADU
#JPJ

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED