Translate

24 November 2019

BANGLO NO 99 - Official Trailer @ DI PAWAGAM 12 DISEMBER 2019 | Xtreme 5 Productions




Image may contain: 6 people, text

Xtreme 5 Productions Sdn Bhd presents the Official Trailer of “Banglo No. 99” Starring: Datuk Yusof Haslam, Johan As'ari, , Harun Hashim, Hafeez Mikail, Bkay Nair, Camelia Natasya kmn, Buyung Zasdar dll Director : Khir Mohd Noor Producer : Dato' Roshan Dass Distributor: Xtreme 5 Productions Sdn Bhd DOP : K Madhusudhan Editor : Arul E Siddharth Music : Keerthivasan VFX: Wire Frame DI: Prism & Pixels Dolby Mixing: J F Xavier Stunt Director: Razib Salimin Action Director : Fadzil Idris Line Producer: Vijay Dass & K2 Executive Producer : Harmizey Ismail & Leela Devi Assistant. Executive Producer: Reena SFX Makeup: Zulkifli Zali (Jlo) Makeup & Hair : Attie Yusoff Costume Designer: Sutex Haron Production Manager: Zaidi Mat Zain (Botak) Production Designer: Suzeliana Subtitle: Pamella Raj Based on the myths of 99 Mansion Nibong Tebal. The Bungalow No. 99 a home of Tengku Izzudin Shah during his lifetime .Unfortunately, all of his family members died without knowing the cause of their death. Bungalow was left empty and uninhabited. What happen before will be discover after 30 years later. #Banglono99 #Banglo99 #12Dec2019




Kisah di sebalik filem seram thriller BANGLO NO. 99.

Filem ini mengambil inspirasi dari sebuah rumah banglo usang bernama 99 Mansion yang benar-benar wujud di Nibong Tebal. Terdapat banyak kejadian paranormal dilaporkan terjadi di rumah banglo 99 Mansion ini. Ia cukup terkenal sebagai antara rumah berhantu paling keras di Malaysia.

Filem BANGLO NO. 99 berkisar tentang kediaman milik Tengku Izzudin Shah. Satu ketika dahulu, dia tinggal bersama-sama beberapa ahli keluarga termasuk isterinya, Syarifah dan anaknya Tengku Halim. Malangnya, kesemua ahli keluarga beliau meninggal dunia tanpa diketahui punca kematian mereka. Dr. Amar adalah doktor peribadi Tengku Izzudin Shah serta dengan Jururawat Linda. Sebelum meninggal, Tengku Izzudin Shah telah mewasiatkan supaya Banglo No. 99 dijadikan sebagai sebuah hospital untuk merawat orang-orang kampung yang sakit.


Selepas 30 tahun, Banglo No. 99 ditinggalkan usang dan tidak berpenghuni, seorang kontraktor dan jurutera awam bernama Hisyam berhasrat untuk membaik pulih banglo tersebut. Hisyam telah menawarkan kerja-kerja baik pulih kepada firma Putera Shah. Tawaran Hisyam diterima dan Putera Shah mengarahkan dua orang rakan sekerjanya iaitu Rafael dan Camelia untuk turut sama membantunya. 

Lawatan tapak telah dilakukan ke Banglo No. 99 di mana Hisyam, Putera Shah, Rafael dan Camelia telah bermalam di dalam khemah di tepi tasik berdekatan dengan banglo tersebut. Beberapa kejadian aneh yang menyeramkan telah berlaku ketika Putera Shah, Rafael dan Camelia masuk kedalam Banglo No. 99.

Bahaya apakah yang bakal menanti mereka? Nantikan puaka BANGLO NO 99 mengamuk di pawagam bermula 12 Disember ini.

Filem seram thriller karya Khir Mohd Noor ini turut dibintangi oleh Johan Ashaari, Bkay Nair, Harun Hashim, Hafeez Mikail, Datuk Yusof Haslam, dan ramai lagi.
Kredit foto asal 99 Mansion: penang-traveltips.com -KKM-
#FIMLocalColumn
#BangloNo99

#FilemSeram
Banglo No 99
Tengku Putra Shah: @johanarrif_asari
Hisham: @harunhashim_official
Rafael: @thehafeezmikail
Tengku Izzuddin Shah: @datuk_yusofhaslam
Sharifah: @bkaynair
Camelia Hanna:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED