Translate

22 November 2019

Video Viral - Sepasang Suami Isteri Ditahan Cuba Melarikan Seorang Kanak Kanak




MKL Crimedesk




Polis menahan sepasang suami isteri berhubung kejadian melarikan seorang kanak kanak berusia 9 tahun dari jagaan yan sah pada 14 November lepas

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abd Aziz Ali berkata kejadian berlaku di hadapan sebuah sekolah kebangsaan di Cyberjaya pada jam 1 tengah hari.

Pasangan itu terbabit dalam adegan tarik menarik seorang murid tahun 3 dengan beberapa individu dewasa lain dipercayai penjaga sah kanak kanak berkenaan.

Siasatan mendapati suspek wanita berusia 43 tahun adalah ibu kandung kanak kanak berkenaan manakala suspek kedua yang ditahan adalah suaminya.

Dipercayai wanita itu telah memberi keizinan kepada ibu angkat kanak kanak terbabit untuk menjaga sejak dari kandungan.

Malah ibu angkat murid itu telah mendaftarkan sebagai anak angkat dan mendapat surat akuan berkanun dari pihak Jabatan Pendaftaran Negara JPN.

Dalam kejadian itu seorang daripada suspek turut memecahkan cermin kereta pengadu.

Polis kini sedang mengesan seorang lagi kenalan suspek yang berada di lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

Lelaki dicari dikenali sebagai Mohd Nazri Abdul Ghani 48 tahun dengan alamat terakhir ialah Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut seksyen 381,511 dan 427 kanun keseksaan kerana cubaan melarikan kanak kanak serta khianat ke atas kenderaan.

#MKLCRIMEDESK
#CULIKBUDAK
#PDRM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED