Translate

02 November 2019

1.002 juta saman dikeluarkan oleh JPJ di 2019 , 30.8 Kenderaan di Jalan Raya, 15.2 Juta Pemandu Berdaftar di Malaysia

JPJ Keluarkan 1.002 Juta Saman Seluruh Malaysia




MKL Crimedesk


Sejumlah 1 perpuluhan 002 juta saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia JPJ sepanjang tahun ini atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Kesalahan berkaitan tiada atau tamat tempoh lesen kenderaan motor LKM serta cukai jalan masih menyumbang kesalahan tertinggi.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Datuk Shaharuddin Khalid berkata, biarpun statistik didapati ada sedikit penurunan.. Namun kesalahan yang dilakukan adalah bersifat ulangan.

Dalam penilaian statistik tahun ini.. Sebanyak 30 perpuluhan 8 juta kenderaan didapati berada di atas jalan raya.

Namun kenderaan yang aktif iaitu mempunyai LKM hanya 20 juta.

Ini menjelaskan selebih kenderaan berkemungkinan tidak berdaftar atau tiada lesen sah.

Beliau ditemui ketika Operasi Bersepadu di Jalan Bangsar ibu negara bermula jam 8 malam hingga 12 pagi tadi.

Daam operasi bersepadu itu.. 2450 kenderaan diperiksa.

220 kenderaan dikenakan tindakan dengan jumlah saman iaitu 603 kes.

Operasi dikuatkuasakan 127 anggota dan pegawai pelbagai agensi antaranya PDRM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya.

#MKLCRIMEDESK
#OPSBERSEPADU
#JPJ

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED