7 Oktober 2019 ~
📜✨ KENYATAAN AKHBAR DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN BERHUBUNG ISU KEGANASAN TERHADAP HAIWAN TERBIAR
✨✨
“Saya amat kesal apabila diperlihatkan dengan satu klip video yang menunjukkan beberapa anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) cuba menangkap seekor anjing terbiar secara ganas.
✨✨
“Saya amat kesal apabila diperlihatkan dengan satu klip video yang menunjukkan beberapa anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) cuba menangkap seekor anjing terbiar secara ganas.
Sebagai Penaung Diraja kempen Stray Free Selangor (SFS), saya kecewa dan sedih kerana kejadian kejam seumpamanya masih berlaku dalam masyarakat meskipun banyak kempen kesedaran telah dilaksanakan membabitkan haiwan-haiwan terbiar.
Di sini saya ingin menggesa agar pihak-pihak berwajib lebih peka dan berperikemanusiaan dalam menguruskan kes-kes membabitkan haiwan-haiwan terbiar di jalanan.
Saya difahamkan kerajaan Negeri Selangor melalui YB Ng Sze Han telah memohon maaf di atas tindakan kasar anggota MPSJ terbabit.
Justeru, selepas ini saya berharap prosedur penangkapan haiwan-haiwan jalanan yang telah ditetapkan seharusnya dipatuhi untuk memastikan kesejahteraan haiwan itu dan juga keselamatan kakitangan pihak berkuasa tempatan yang terlibat.
Saya juga ingin menegaskan betapa pentingnya prosedur ini dijalankan dengan sebaik mungkin tanpa menyakiti atau mencederakan haiwan-haiwan terbabit.
Dalam masa sama, prosedur ini juga perlu diperkemas dan dilaksanakan sesuai dengan situasi-situasi tertentu.
Buat kesekian kalinya saya mohon agar semua pihak, tidak kiralah kakitangan pihak berkuasa atau masyarakat secara amnya, supaya menyemai sifat belas kasihan terhadap haiwan-haiwan terbiar yang memerlukan bantuan.
Harus diingat, Akta Kebajikan Haiwan 2015 telah jelas memperuntukkan bahawa hukuman denda RM20,000 hingga RM100,000 dan/atau penjara sehingga 3 tahun boleh dikenakan terhadap sesiapa yang melakukan kekejaman terhadap haiwan.
Sebagai Penaung Diraja kempen Stray Free Selangor The Humane and Compassionate Way bersama SPCA Selangor, saya menggesa pihak berkuasa terlibat agar bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat yang prihatin, ke arah membanteras sebarang bentuk perlakuan kejam terhadap haiwan.”
.
.
DYMM Tengku Permaisuri Norashikin
Istana Alam Shah
7 Oktober 2019
.
.
DYMM Tengku Permaisuri Norashikin
Istana Alam Shah
7 Oktober 2019
SHAH ALAM (Bernama): Tengku Permaisuri of Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin has expressed her regrets over the rough manner shown by Subang Jaya Municipal Council (MPSJ) employees in treating a dog during an operation, which had gone viral through a video clip on social media recently.
Tengku Permaisuri Norashikin, who is also the Royal Patron of the Stray Free Selangor (SFS) campaign, was also disappointed and saddened that such cruelty was still happening in the community despite numerous awareness campaigns on strays.
"I was very upset by the video clip which showed MPSJ employees trying to catch a stray dog in an utterly inhumane way.
"I urge the authorities to be more sensitive and humane in dealing with cases involving abandoned animals on the streets," she said in a statement posted on the Selangor Royal Office Facebook page Monday (Oct 7).
"I cannot emphasise more on the importance of carrying out the procedure as closely as possible without harming or injuring the animals. The procedure need to be revised and implemented according to the situation.
"Once and for all I urge everyone, regardless the authorities or the general public, to develop compassion for stray animals in need of care and attention," she said.
Tengku Permaisuri Norashikin reminded all parties to take heed of the Animal Welfare Act 2015, which provides for a fine of RM20,000 to RM100,000 or up to three years imprisonment, for those who commit acts of cruelty to animals. - Bernama