Translate

24 October 2019

Kuala Lumpur menyerbu tiga premis hiburan di Jalan Kuchai Lama,





19 Oct 2019
Jabatan Siasatan Jenayah atau JSJ Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu tiga premis hiburan di Jalan Kuchai Lama, tengah malam tadi. Dalam serbuan yang dijalankan serentak menerusi operasi khas, Ops Noda itu, 64 gadis warga asing ditahan. Operasi diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad bermula kira-kira jam 12.30 malam, ketika sebahagian besar gadis terbabit sedang leka berhibur dan melayan pelanggan masing-masing. Turut serta dalam serbuan, lapan pegawai dan 40 anggota JSJ IPK Kuala Lumpur. Siasatan awal mendapati sebahagian besar gadis warga asing terbabit dipercayai memasuki negara ini sebagai sebagai pelancong dengan menggunakan pas lawatan sosial. Seramai lebih 200 pengunjung ketiga-tiga premis berkenaan turut diperiksa bagi mengesan sebarang elemen kongsi gelap. Turut ditemui di salah satu premis terbabit, bahagian tingkat atas yang menempatkan beberapa bilik lengkap dengan bilik air dipercayai digunakan untuk kegiatan pelacuran. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Brickfields berhampiran untuk tindakan selanjutnya dan disiasat mengikut Akta Imigresen. Operasi adalah antara komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekang kegiatan maksiat dan jenayah, termasuk pelacuran serta penyalahgunaan dadah di premis hiburan di seluruh negara. #MKLCRIMEDESK #OPSNODA #PDRM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Keputusan pemilihan CEC DAP tidak ada kaitan kedud' 48 secs ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mo' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Ainon Mohon Maaf Dakwa Nabi Amal Nepotisme | BEST ' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Alleged gang members deported from US arrive in El' 11 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki 73 Tahun Rugi Lebih RM60,000 | BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Ops Khas Pagar Laut 2024, rampasan hampir RM9 juta' 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 20 mins ago