WEDDING & EVENTS VENUE -GARDEN PALACE @ D'SAJI TITIWANGSA

HITZ FM LIVE

Wednesday, 30 October 2019

108,606 kes denggi direkodkan di seluruh negara sehingga 26 Oktober lalu, Meningkat 77.3 peratus




Kes denggi terus meningkat

MyMetro


FOTO Hiasan


Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my





SEBANYAK 108,606 kes denggi direkodkan di seluruh negara sehingga 26 Oktober lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah itu meningkat 77.3 peratus (47,352 kes) berbanding hanya 61,254 kes pada tempoh sama, tahun 2018.


“Enam negeri yang menunjukkan jumlah tertinggi adalah Selangor (60,024), Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur (13,435), Johor (9,194), Kelantan (5,024), Sabah (4,444) dan Pulau Pinang (3,802).


“Manakala sembilan negeri lain merekodkan jumlah kes kurang daripada 3,000 kes.

“Secara keseluruhan, jumlah kumulatif kematian akibat denggi adalah sebanyak 154 kematian berbanding 104 kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu,” katanya ketika menjawab soalan Nor Azrina Surip (PH-Merbok) berkaitan jumlah terkini kes demam denggi dan kaedah efektif yang digunakan kerajaan dalam menangani isu berkenaan di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, tindakan bersepadu bagi membanteras peningkatan kes denggi sudah pun dilaksanakan sejak tahun 2014 melalui kementerian, jabatan serta agensi.

Ia merangkumi Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi dan Pasukan Petugas Khas Denggi peringkat kementerian dan negeri.

Kata beliau, pasukan berkenaan bermesyuarat setiap dua minggu sekali sebagai usaha bagi memastikan semua pihak melaksanakan aktiviti pencegahan serta kawalan mengikut peranan mahu pun bidang kuasa masing-masing.

“Kementerian Kesihatan (KKM) membelanjakan sebanyak RM3.35 juta untuk sumber luar bagi aktiviti kawalan dan pencegahan denggi di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Selain itu, kementerian juga menggunakan kaedah inovasi kawalan denggi dengan menggunakan semburan Outdoor Residual Spraying (ORS) di kawasan berstrata titik panas,” katanya.

Menurut Dr Dzulkefly lagi, KKM juga sedang menjalankan inisiatif inovasi kawalan denggi iaitu pelepasan telur nyamuk Aedes berWolbachia bagi menggantikan populasi nyamuk Aedes liar yang membawa virus denggi.

Katanya, dengan kehadiran bakteria Wolbachia dalam nyamuk Aedes, ia akan merencatkan perkembangan virus denggi dalam badan nyamuk sekali gus mengurangkan risiko jangkitan kepada manusia.

“Operasi ini dilakukan berikutan kajian mendapati ia dapat mengurangkan antara 50 hingga 70 peratus kes denggi di lokaliti kajian.

“Fasa pertama operasi dijalankan di 11 lokaliti di Daerah Petaling dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hasil inovasi itu bagaimanapun masih dalam penelitian,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019 @ 1:19 PM

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, New Straits Times, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today, Malaysian Gazette, Berita Harian Online, Kosmo, Sinar Harian and Yahoo are shared in this blog bestfbkl.blogspot.com to keep the blog community better informed.

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

MALAYSIA STATISTICS 2018

MALAYSIA STATISTICS 2018