WEDDING & EVENTS VENUE -GARDEN PALACE @ D'SAJI TITIWANGSA

HITZ FM LIVE

Friday, 25 October 2019

Lembaga pentadbir Kg Baru tidak setuju RM1,000, dakwa agenda halau orang Melayu


Lembaga pentadbir Kg Baru tidak setuju RM1,000, dakwa agenda halau orang Melayu
Mohamad Fadli
-October 25, 2019 6:49 AM

FMT
Lembaga Pentadbir Petempatan Pertanian Melayu Kampung Baru tidak setuju dengan kadar baru harga tanah yang diumumkan semalam.

PETALING JAYA: Lembaga Pentadbir Petempatan Pertanian Melayu Kampung Baru (MAS) berkata, walaupun kerajaan bersetuju menaikkan harga tanah Kampung Baru kepada RM1,000 berbanding RM850 sebelum ini, ia tetap satu agenda mahu menghalau orang Melayu dari kawasan tersebut.

Sehubungan itu, Setiausaha Kehormat MAS, Shamsuri Suradi meminta Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berhenti bermain politik.

“Saya berani cakap macam ini. Kalau sudah jual mana mereka nak tinggal? Dapat duit lepas itu merempat.

“Ini nak pecahkan orang Melayu supaya tidak ada di Kuala Lumpur. Kita sudah ‘menghidu’,” katanya kepada FMT.





Susulan rayuan dan desakan, semalam kerajaan mengumumkan kadar harga baru tanah Kampung Baru iaitu RM1,000 satu kaki persegi.

Pengumuman itu dibuat Khalid selepas perbincangan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan kemelut pelan pembangunan kampung itu.

Tawaran yang diumumkan itu disifatkan sebagai yang terakhir oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Shamsuri yakin 70 hingga 80% penduduk Kampung Baru tidak akan setuju dengan tawaran baru daripada kerajaan itu.

Beliau berkata rata-rata penduduk Kampung Baru mahukan pembangunan bukan untuk menjual tanah mereka.

“Walaupun tidak dinafikan ada yang mahu menjual tanah mungkin dalam 800 orang tetapi, ada 5,000 lebih penduduk di Kampung Baru.



“MAS telah diberi mandat untuk membuat keputusan bagi mewakili penduduk Kampung Baru.

“Tetapi malangnya, Khalid hanya berminat berjumpa dengan penduduk Kampung Baru berbanding NGO atau persatuan seperti MAS,” katanya.

Shamsuri juga menyalahkan Perbadanan Kampung Baru (PKB) yang tidak memberi maklumat tepat kepada Khalid.

Beliau berkata 80% penduduk Kampung Baru mahukan pembangunan dan tidak ada pilihan daripada PKB untuk mereka menjual tanah.

“Daripada tahun lalu, kita jumpa Khalid sebab mahukan pembangunan. Tetapi tiba-tiba Mac lalu kata nak beli tanah Kampung Baru.

“Kalau nak jual kena ada pilihan untuk orang Kampung Baru,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan di Kampung Baru Muhammad Nizar Jali berkata tawaran baru daripada kerajaan itu mengelirukan dan tidak meyakinkan.

Beliau berkata sebenarnya harga itu kekal RM850 sekaki persegi tetapi RM150 diberi dalam bentuk saham.

“Saya sendiri pun tak faham RM150 diberikan kepada semua pewaris atau tidak.

“Macam tanah ibu saya ada sembilan beradik. Adakah setiap mereka dapat RM150 atau hanya seorang daripadanya,” katanya.

Nizar berkata penjelasan Khalid juga tidak betul.

“Kita memang tidak akan jual. Dalam borang PKB pun tak ada pilihan untuk kita jual tanah.

“Bila kita hantar borang tak ada kata setuju ke tidak. Kita rasa memaksa,” katanya.

Nizar juga menafikan dakwaan Khalid bahawa ada penduduk Kampung Baru yang terdesak ingin menjual tanah mereka.

“Ini adalah satu kenyataan yang tidak wajar sama sekali,” katanya.

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, New Straits Times, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today, Malaysian Gazette, Berita Harian Online, Kosmo, Sinar Harian and Yahoo are shared in this blog bestfbkl.blogspot.com to keep the blog community better informed.

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

MALAYSIA STATISTICS 2018

MALAYSIA STATISTICS 2018