Translate

24 October 2019

Pusat Hiburan KTV Terkenal D Vegas Diserbu Polis KL bawah Operasi Noda



Seramai 59 wanita warga asing ditahan dalam serbuan Operasi Noda, oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ke atas sebuah pusat hiburan (KTV) D Vegas, di Jalan Imbi, di sini, yang dipercayai sering menjadi 'lubuk' aktiviti tidak bermoral dan dadah. Seorang Ketua Bahagian sebuah parti politik juga pernah ditahan dalam premis sama kerana dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah, awal tahun lalu. Serbuan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, itu dilakukan pada jam 12.30 tengah malam tadi semasa pengunjung dalam sebuah pub dan bilik karaoke sedang leka berhibur. Dalam serbuan itu, 44 wanita warga Thailand dan lima wanita warga Vietnam yang berada di dalam pub ditahan semasa sedang melayan pelanggan manakala 10 lagi wanita ditahan ketika sedang berada dalam sebuah bilik karaoke dalam premis sama. Hasil pemeriksaan polis juga turut menemui selempang yang tertera jumlah dari harga RM100 sehingga RM1,000 serta tiga mahkota yang akan diberikan kepada pelayan wanita tercantik dan berpakaian paling seksi serta berpewatakan mengghairahkan. Semasa operasi yang sama juga polis turut menahan dua lelaki tempatan dipercayai menjadi pengantara atau kapten yang bertindak mengaturkan khidmat layana wanita warga asing untuk pelanggan tempatan yang berhibur. Polis juga turut merampas sejumlah wang tunai serta resit perniagaan dalam operasi terbabit. Siasatan mendapati sebahagian besar wanita warga asing ini memasuki negara sebagai pelancong dengan menggunakan pas lawatan sosial namun mereka dikesan memasuki negara ini berulang kali dalam waktu yang singkat. Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dan disiasat mengikut Akta Imigresen. #MKLCRIMEDESK #GRODADAH #PDRM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Israel bunuh lebih 400 orang di Gaza, gencatan sen' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KLIA ranks among top 10 airports globally with nea' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Monetary Authority of Singapore (MAS) shuts 1MDB-l' 3 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 7 hrs 11 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 7 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 7 hrs 37 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 7 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 7 hrs 47 mins ago
A visitor from California viewed 'ROSMAH'S SON RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ FUNDS X-RATED' 7 hrs 58 mins ago