Translate

01 October 2019

Seramai 429 pengunjung kelab malam yang disyaki menyalahgunakan dadah di pusat-pusat hiburan ditahan




MalaysiaGazette TV


KUALA LUMPUR – Seramai 429 pengunjung kelab malam yang disyaki menyalahgunakan dadah di pusat-pusat hiburan ditahan dalam sebuah operasi di sekitar ibu negara semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd berkata, operasi yang dipanggil Ops Rats itu dilakukan dalam usaha membanteras masalah penyalahgunaan pusat hiburan oleh pengunjung kelab malam dengan pengambilan dadah.

Katanya, sebanyak 22 pusat hiburan diperiksa dalam operasi selama dua hari itu dan polis telah menjalankan pemeriksaan air kencing ke atas 1,350 orang pengunjung.

“Saringan awak ke atas 275 orang yang diperiksa didapati positif dadah manakala 154 orang lagi yang diperiksa memiliki dadah bersama mereka.

“Terdapat 35 orang warga negara asing yang ditahan turut positif dadah,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Kata Mohd. Khalil, semua yang ditangkap berusia 18 hingga 41 tahun dan kini direman dibawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut di Bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Ibrahimovic released by Manchester United - Premie' 5 mins ago
A visitor from Osaka viewed 'Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ' 6 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed '36 gempa susulan selepas gempa bumi dahsyat landa ' 28 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 36 mins ago
A visitor from Washington viewed 'President Donald Trump Gives His First Interview w' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Identiti Tiga Mangsa Maut Dikenal Pasti | BEST FBK' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran m' 45 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Philippines Senator Leila De Lima hides out in Sen' 50 mins ago