Translate

17 October 2019

Polis D7 Selangor Gempur Pusat Hiburan Tawar Servis GRO di Ampang





MKL Crimedesk


Sudah la tawarkan khidmat GRO asing...

Pusat hiburan ini turut membenarkan pelanggannya menghisap dadah.

Namun kegiatan itu terbongkar dalam serbuan OPS NODA yang dilakukan pasukan anti maksiat D7 IPK Selangor malam tadi.

Premis yang terletak di Pandan Perdana itu digempur kira kira jam 12.30 pagi ketika lebih 50 pelanggan sedang dihiburkan dan dilayan GRO asing.

17 wanita warga Vietnam dan Myanmar ditangkap dalam serbuan itu.

Menurut Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Supritendan Azmi Shukot berkata... GRO asing itu dibayar dengan harga tertentu sebelum me dapatkan khidmat mereka.

Pendapatan seharian GRO itu mampu mencecah 300 hingga 500 ringgit semalam.

Turut ditahan... 2 lelaki tempatan dan seorang wanita serta 7 lelaki warga Myanmar yang bekerja di premis terbabit.

Pemeriksaan lanjut mendapati mereka hanya menggunakan paspot dan tiada permit kerja.

Pelbagai jenis arak dirampas.

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Peraturan 39 (B) Peraturan Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

#MKLCRIMDESK

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED