Translate

26 September 2019

Yazit Search Meninggal Dunia


2,808


Yazit Search Meninggal Dunia
Harian Metro
26 Sep 2019, 01:09PM


Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, menghembuskan nafas terakhir jam 11.53 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Difahamkan jam 11.46 pagi.

Berita itu disahkan oleh rakan baiknya, Ashaari Mohd Nasir menerusi kenyataan yang dihantar kepada media.


Selasa lalu, Allahyarham Yazit dimasukkan ke HKL kira-kira jam 3.45 pagi selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Taman Melati, Kuala Lumpur.


Sebelum ini arwah pernah dimasukkan ke hospital sama pada 3 September lalu akibat masalah pernafasan tetapi dibenarkan keluar dua hari selepas itu.


Arwah meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29.


Jenazah akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi Taman Melati untuk solat jenazah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudathul Sakinah, Taman Selasih selepas Zohor.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED