Translate

27 May 2019

Peguam Syazlin Mansor tarik diri daripada inkues Adib




Peguam tarik diri daripada inkues Adib

MyMetro


SYAZLIN. FOTO Arkib NSTP


Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my





PEGUAM mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, Syazlin Mansor menarik diri daripada prosiding inkues itu.

Perkara itu dimaklumkan Syazlin di hadapan Koroner Rofiah Mohamad, dalam prosiding inkues kematian Muhamad Adib masuk hari ke-37, di Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini.


“Dengan penarikan diri ini, saya percaya saksi ke-29, bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Profesor Dr Shahrom Abd Wahid yang sepatutnya dipanggil semula keterangan pada hari ini terbatal,” katanya.


Sementara itu, peguam mewakili keluarga Muhammad Adib, Taufik Baharom memaklumkan mahkamah pada masa ini, pihaknya tidak ada saksi lain untuk dipanggil memberikan keterangan.

Pada 17 Mei lalu, Rofiah membenarkan Prof Shahrom untuk dipanggil semula memberikan keterangan dalam prosiding inkues itu.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember tahun lalu di IJN.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pregnant woman pleads guilty to soliciting clients' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Actress Zarina Zainddun spoke of how the investmen' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 4 hrs 48 mins ago
A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 6 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 6 hrs 34 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 7 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 7 hrs 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 7 hrs 49 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 51 mins ago