Translate

30 November 2018

Anggota Bomba, Muhammad Adib yang parah dalam rusuhan di Seafield Kuil Selasa lalu mula sedar




Alhamdulillah, Adib mula sedar...

MyMetro





Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@nstp.com.my





KEADAAN anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selasa lalu mula sedar dan faham arahan yang diberikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Seri Dr Azhari Yakub berkata, keadaan Muhammad Adib masih dikategorikan sebagai kritikal namun stabil.

“Pagi tadi dia mula sedar dan faham arahan yang diberikan. Itu adalah tanda positif yang menunjukkan otak berfungsi.


“Bagi kecederaan organ, Muhammad Adib masih menggunakan mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru,” katanya pada sidang media di IJN, Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohamed Farid Md Rafik.

Dr Azhari berkata, pemeriksaan tekanan darah masih rendah bermaksud buah pinggang beliau rosak dan memerlukan rawatan dialisis.

“Kami menjangkakan beliau memerlukan penggunaan mesin ECMO kira-kira beberapa hari lagi.

“Kita harap masyarakat terus berdoa supaya keadaan Muhammad Adib terus bertambah baik,” katanya.

Terdahulu Kementerian Kesihatan dan Institut Jantung Negara (IJN) masih dalam proses untuk menyediakan laporan perubatan Muhammad Adib.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya yakin ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Katanya, laporan itu penting bagi mengenal pasti tahap dan punca kecederaan dialami mangsa.

Dalam kejadian pada awal pagi Selasa lalu, Muhammad Adib anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Penjawat awam terkesan trafik sempena Sidang Kemun' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'HILANG RM230 RIBU TAK SAMPAI 6MINIT‼️KEJADIAN DI M' 5 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pemecatan CFO Maybank Khalijah Ismail dikaitkan de' 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemecatan CFO Maybank Khalijah Ismail dikaitkan de' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Inter Milan come back from two goals down to beat ' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'AKSI KEJAR MENGEJAR PERONDA POLIS DI EDL BERHAMPIR' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 1 hr 35 mins ago