Translate

30 September 2018

Ucapan Penuh President Umno - Pendirian Zahid kurang jelas, kerajaan perpaduan atau lawan PH, soal Khairy


PAU 2018: Pendirian Zahid kurang jelas, kerajaan perpaduan atau lawan PH, soal Khairy
Faiz Zainudin
-September 30, 2018 9:00 AM
3

Khairy berkata, Zahid sebelum ini dilaporkan berharap kerajaan perpaduan antara Umno dengan mana-mana parti dalam PH dapat dibentuk segera. (Gambar Twitter)

KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin menyifatkan pendirian Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kurang jelas dalam menentukan hala tuju parti.

Bekas ketua Pemuda Umno itu mempersoalkan pucuk pimpinan parti berhubung ucapan dasar Zahid sama ada mahu menjadi pembangkang yang kuat atau membentuk kerajaan perpaduan dengan mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH).

“Hari ini beliau (Zahid) mengatakan kita mahu melawan PH tetapi kemudian beliau mengeluarkan kenyataan untuk membentuk kerajaan perpaduan.

“Anda perlu jelas jika anda memimpin parti. Tidak boleh berkata seolah-olah mahu menjalin kerjasama dengan PH tetapi hari ini kata nak lawan (PH), zalim lah,” kata beliau selepas penyamapaian ucapan dasar presiden pada Persidangan Agung Umno ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.



Khairy merujuk kepada ucapan Zahid yang nampak lebih menjurus kepada kekal sebagai sebuah parti pembangkang bagi menghadapi kerajaan pimpinan PH.

Ini kerana katanya, beberapa hari sebelum persidangan Umno bermula, Zahid dilaporkan berharap penubuhan kerajaan perpaduan antara parti itu dengan mana-mana parti politik dalam kerajaan sekarang dapat dibentuk segera.

Sementara itu, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohammad Hassan berkata, dalam politik seseorang tidak boleh menolak apa-apa jua kemungkinan yang boleh berlaku.

“Kita mahu menjadi pembangkang yang kritikal, tetapi kenapa perlu kita tolak jika ditawarkan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan?” katanya menjawab persoalan yang dibangkitkan Khairy.

Katanya, ucapan presiden Umno itu cukup jelas, tetapi bergantung kepada pendengar sama ada memahami dasar itu atau tidak.

“Seperti yang dikatakan semalam, kita ada 2 fokus utama. Satu, mengukuhkan parti dan kedua, strategi apakah yang akan kita gunakan untuk memenangi pilihan raya umum ke-15 kelak,” katanya.






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED