Translate

26 September 2018

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan Dr Hasnita Hashim sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara)


Orang ‘kuat’ Maybank kini pengerusi Mara baru
FMT Reporters
-September 26, 2018 11:24 AM

Dr Hasnita Hashim.

PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan Dr Hasnita Hashim sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baharu.

Beliau sebelum ini merupakan pengerusi Maybank Asset Management Group dan juga ahli lembaga pengarah Maybank Banking Berhad.

“Dr Hasnita mempunyai kelulusan PhD dalam bidang Nuklear Fizik dari Oxford University. Beliau mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam pengurusan kewangan global dan pernah memegang jawatan ketua pegawai eksekutif di Guidance Investments, sebuah anak syarikat Guidance Financial Group.

“Beliau memulakan kariernya di Coopers & Lybrand Deloitte, London sebagai seorang aktuari. Beliau juga merupakan ahli Institute of Actuaries,” menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.



Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan 6 ahli majlis Mara yang baru iaitu Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak, Dr Nungsari Ahmad Radhi, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin, Datuk Syed Tamim Ansari Syed Mohamed, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dan Encik Zakri Khir. Semua pelantikan itu berkuatkuasa 1 Oktober 2018.

Sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa yang dilantik sebagai pengerusi Mara sejak 19 Julai 2013, “direhatkan” daripada jawatan itu serta sebagai pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) pada 31 Januari tahun lalu.

Arahan rehat itu bagi membolehkan audit dalaman agensi itu menyiasat isu penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED