Translate

27 September 2018

Rosmah Mansor keluar daripada pejabat MACC selepas 12 jam

Lebih 12 jam di SPRM, Rosmah Mansor akhirnya keluar

Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya keluar dari Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya selepas 12 jam beri keterangan.
Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya keluar dari Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya selepas 12 jam beri keterangan.
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas lebih 12 jam berada dalam ibu pejabat suruhanjaya itu.

Rosmah keluar dari bangunan SPRM kira-kira jam 10.45 malam.

Beliau sebelum itu tiba kira-kira jam 9.50 pagi menaiki kereta Proton Perdana.

Turut sama, dua peguamnya, Datuk Geethan Ram Vincent dan Datuk K. Kumaraendran.

Rosmah sempat menjawab soalan wartawan yang mahu tahu keadaannya selepas disiasat lebih 12 jam.

BACA: Selepas lebih 7 jam di SPRM, mana Rosmah Mansor?

“Saya okay, alhamdulillah,” katanya.

Ini merupakan kali kedua Rosmah dipanggil ke suruhanjaya itu.

Beliau difahamkan memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes pengubahan wang haram.

Rosmah sebelum ini diberikan notis untuk hadir oleh pegawai SPRM pada pukul 10 pagi semalam.

Walaupun terdapat desas-desus mengatakan Rosmah akan didakwa hari ini, namun tiada sebarang pengesahan dibuat SPRM.

Sementara itu, peguam Rosmah, Datuk K. Kumaraendran berkata pihaknya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan setakat ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 18 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 22 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penetapan 20 jenis sukan teras prestasi tinggi mem' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dakwaan projek Empangan Ulu Padas gagal tidak tepa' 25 mins ago
A visitor from Perm viewed 'A picture of a woman taking a Topless "Selfie" res' 27 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JKNNS seru warga emas dapatkan vaksin influenza | ' 58 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Ch' 1 hr 5 mins ago