HANGATVIDEO.COM
Susulan daripada dakwaan Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah semalam telah memuat naik dua buah video di Instagram nya bagi menunjukkan rantai berlian bernilai RM80,000 yang merupakan hadiah bonus tajaan daripada Datuk Seri Vida adalah palsu dan bukanlah berlian asli.
Dua Kali Jalani Pemeriksaan Rantai Berlian
Menerusi video tersebut, menurut Aishah dia telah meminta tukang emas tersebut memeriksa ketulenan rantai tersebut dan terkejut kerana mendapati ianya tidak asli. Malah bagi mendapatkan kepastian, pemeriksaan sekali turut dijalankan dan mendapat keputusan yang sama.
“Saya minta dia mengaku dan minta maaf di atas penipuan dia. Barangan diganti dengan tunai atau bentuk emas sebanyak apa yang dia war-warkan malam final GV4”Netizen Dakwa Barang Kemas DSV ‘Fake’
Dalam perkembangan lain, dalam ruangan komen penyanyi itu terdapat dakwaan dari netizen bahawa barangan kemas yang dijual DSV sudah banyak kes diterima dimana barangan kemas tersebut terbukti tidak asli.Malah dia turut mengaitkan beberapa produk kesihatannya juga telah memudaratkan kesihatan. Usahawan itu sebelum ini bersedia untuk mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan perkara yang sebenar
Aishah rasa nak tergelak lihat komen Vida
Nadia Azam | Diterbitkan 29 Ogs 2018, 3:50 petang | Dikemaskini 29 Ogs 2018, 4:43 petang
MALAYSIAKINI
A+ A-
Bagaimana reaksi Aishah apabila penaja Gegar Vaganza 4 (GV4) menyarankan supaya gelarannya sebagai juara ditarik balik?
Dia hanya mahu ketawa.
Menurut Aishah, perkara pertama yang muncul secara spontan dalam mindanya selepas berita mengenai isu itu diketahui ialah mahu ketawa.
“Rasa nak tergelak pun ada apabila saya terima jawapan macam ini,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manismu dan Camar Yang Pulang itu dihubungi bagi mendapatkan reaksinya terhadap cadangan Datuk Seri Vida supaya gelarannya ditarik balik selepas membangkitkan isu kualiti barang kemas yang diterimanya.
Usahawan kosmetik terbabit berpendapat Aishah "tidak layak" menjadi juara pertandingan nyanyian anjuran Astro itu.
"Saya mahu kejuaraan dia ditarik balik... dia tak layak dapat nombor satu tapi nombor 10," katanya seperti dipetik mStar Online.
Tegas enggan ganti
Isu berkenaan bermula apabila Aishah tidak berpuas hati kerana barang kemas - yang diuar-uarkan bernilai RM80,000 - didakwanya bukan tulen.
Katanya kualiti rantai emas putih bertatah batu permata itu diketahui selepas membuat semakan di dua kedai berasingan.
Aishah mendakwa, batu permata yang sepatutnya bernilai itu sebenarnya kubik zirconia dan batu sintetik.
Baca Astro harap kemelut Aishah dengan Vida selesai segera
Menurut Vida, isu itu tidak timbul kerana rantai yang diberikan kepada Aishah hanyalah hadiah tambahan dan bukannya ganjaran utama.
Menjelaskan perkara itu Aishah berkata usahawan kosmetik terbabit tidak perlu memberikan pelbagai alasan untuk menangani kemelut yang sedang berlaku.
Katanya kekecewaan yang diluahkan itu bukan bermaksud dia terdesak untuk menukar barang kemas berkenaan dengan wang ringgit.
Sebaliknya dia beranggapan menjadi juara GV4 adalah satu kemenangan berharga buat dirinya dan untuk dikenang-kenang selepas lama menyepi dari industri hiburan tanah air.
Dalam laporan sama Vida - atau nama sebenarnya Hasmiza Othman - juga hanya memberikan dua pilihan kepada Aishah bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Kata Vida, Aishah boleh menggantikan hadiah barang kemas itu dengan pelaburan dalam mata wang kripto yang dikeluarkannya, Lavida Coin, atau terus menyimpan rantai tersebut.
Menurutnya dia tidak akan menuruti permintaan Aishah yang mahukan barang kemas berkenaan ditukar dalam bentuk wang ringgit mahupun barang kemas yang sama dengan nilai yang diuar-uarkan.
“Saya takkan ganti dengan wang tunai mahupun barang kemas bernilai RM80,000.
"Saya hanya akan ganti dengan Lavida Coin... you take it or leave it (kamu ambil atau lupakan terus),” katanya.