Translate

14 September 2018

Bukit Jalil bakal digegarkan dengan Konsert dan Festival KL Sports City Sayangi Malaysiaku pada14 hingga 17 September 2018




KONSERT & FESTIVAL KL SPORTS CITY SAYANGI MALAYSIAKU
___________________________________________________________________________

Padang Letak Kereta A & B KL Sports City, Bukit Jalil bakal digegarkan dengan Konsert dan Festival KL Sports City Sayangi Malaysiaku pada14 hingga 17 September anjuran Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan ASWARA & BEST FB KL. Acara yang akan berlangsung selama empat (4) hari ini akan menampilkan persembahan kebudayaan dan patriotik daripada ASWARA serta artis-artis terkenal tanah air antaranya:
·         Dayang Nurfaizah, Ella, Siti Nordiana, Hael Husaini, Khai Bahar, Hazama, Natasha Sass - 14 September 2018

·         Soo Winci, Ayda Jebat, Altimet, Syamel, Farahdhiya, Ernie Zakri, Zamani - 
15 September 2018

·         Aiman Tino, Azlan Typewriter, Wani Hasrita, Nabila Razali, Azharina, Marsha Milan, Amelina – 16 September 2018  

·         Ibnor Riza, Zul Elektrik 5, Along Zaimi (Mentor), Ayu (One In A Million), Ani Mayuni, Joey BPR, Elvira Arul, Keena Mentor, Selangor Philharmonic Choir – 17 September 2018

Pada masa yang sama lebih dari 150 unit booth disediakan khusus untuk festival jualan dan pameran yang melibatkan penyertaan daripada Kementerian / Agensi Kerajaan. syarikat korporat, selebriti, LeFest, iFurnitur, FAMA, Merci Chef,  dan golongan usahawan muda di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Terdapat juga 30 unit Food Truck menjual makanan dan minuman dan santai corner untuk pengunjung berehat sambil menikmati makanan sepanjang acara berlangsung. Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia, acara ini turut disertai dengan Countdown Hari Malaysia dan pertunjukan bunga api pada 15 September 2018, jam 12.00 malam.

Penganjuran acara ini tidak melibatkan penggunaan peruntukan Dana Kerajaan tetapi dibiayai dengan kerjasama syarikat-syarikat panel PSM seperti Build Up Resources Bhd. (BUR), AFS Engineering Sdn Bhd, Sportspin Sdn Bhd, Serai Group Sdn. Bhd., Edotco, OHJ Company serta rakan rasmi seperti Petronas Dagangan dan Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB).

Kawasan meletak kenderaan adalah terhad dan orang ramai hanya boleh meletakkan kenderaan di Padang Letak Kereta C, E dan di Stadium Hoki Nasional. Orang ramai digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti LRT, bas, teksi dan Grab untuk ke Bukit Jalil bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. PSM turut meminta kerjasama pihak Prasarana Berhad untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan LRT di stesen Bukit Jalil dan semua laluan ke stesen Bukit Jalil termasuk interchange station yang merangkumi perkhidmatan MRT, Monorail dan Putra LRT bagi memudahkan orang ramai untuk datang dan balik.
·           Interchange Station Bandar Tasik Selatan – KTM Komuter & ERL
·           Interchange Station Masjid Jamek -   LRT Ampang Line & Kelana Jaya Line
·           Interchange Station Plaza Rakyat –   MRT
·           Interchange Station Hang Tuah -  KL Monorail, Ampang Line & Sri Petaling Line
 
Konsert dan Festival ini bukan sahaja tempat untuk rakyat berhibur, malahan rakyat juga dapat membeli-belah pada kadar diskaun sehingga mencecah 20% walaupun semasa pelaksanaan SST. KBS dan Kerajaan amat prihatin dalam menyediakan platform kepada peniaga-peniaga untuk menjadi inovatif dan kreatif dalam mencapai pelanggan mereka. PSM berharap Konsert dan Festival KL Sports City Sayangi Malaysiaku ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh penduduk di sekitar dan di luar Lembah Klang.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED