Perjalanan 14 jam sebelum 'Big Stage' punca Baby Shima rebah
Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2018 11:50 AM
(Ubah saiz teks)
PERJALANAN selama 14 jam dari Jakarta ke Sumedang, Indonesia sebelum pulang ke Malaysia untuk beraksi di pentas program realiti Big Stage 2018 pada malam Ahad punca penyanyi Baby Shima rebah selepas mengadakan persembahan.
Pengurusnya, Andy berkata, ekoran itu Shima atau Nor Ashima Ramli, 26, berada dalam keadaan penat dan kehilangan tenaga sejurus selepas persembahan tersebut.
"Kami ada persembahan pada Sabtu di Sumedang dan perjalanan dari Jakarta ke sana mengambil masa 14 jam pergi dan balik dengan menaiki kereta.
"Semalam (Ahad) kami balik ke Malaysia, dia ada mengadu pening dan makan ubat sebelum persembahan namun saya tidak sangka pula dia akan pengsan di atas pentas itu,” ujarnya kepada mStar Online.
Baby Shima menyanyikan lagu Ku Tak Ingin Bersuara nyanyian asal Nike Ardilla pada pentas Big Stage 2018 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/13/baby-shima/~/media/9ac9143fdea64f0f9e271440f2f18385.ashx?la=en
Baby Shima menyanyikan lagu Ku Tak Ingin Bersuara nyanyian asal Nike Ardilla.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Abang Satu Ringgit itu kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam selepas insiden itu.
Dalam pada itu, Andy berkata, doktor memberitahu kesihatan wanita itu terjejas disebabkan kekurangan gula dalam badan.
"Hampir tiga jam juga dia dirawat di hospital semalam dan doktor ambil darah buat pemeriksaan menyeluruh. Dia kata Baby Shima tak cukup gula dalam badan.
"Insya-Allah dia akan berehat dahulu sebelum kami balik semula ke Jakarta pada Rabu ini untuk persembahan di Palembang Indonesia bagi meraikan hari kemerdekaan negara itu,” ujarnya.
Sementara itu, Andy berkata, penyanyi itu akan meneruskan perjuangan dalam program tersebut pada minggu hadapan.
Big Stage 2018 yang masuk minggu kedua ini disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.
Program itu dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad Datuk Seri Siti Nurhaliza serta Faizal Tahir bertindak sebagai juri tetap.
Dalam perkembangan sama, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa insiden itu merupakan satu gimik yang dirancang oleh pihak produksi.
Sebaliknya jelas Emarina, penyanyi itu memang mengalami kepenatan kerana berulang alik dari Indonesia ke Malaysia.
T
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/13/baby-shima/#p5Xpfvo7AUI6LcBW.99