
22 jalan, dua lebuh raya ditutup Ahad ini
SEBANYAK 22 jalan dan dua lebuh raya di Kuala Lumpur akan ditutup seawal 2 pagi Ahad ini sempena Kuala Lumpur Standard Chartered International Marathon 2017.
Jalan terbabit ialah
-Jalan Raja
-Jalan TAR
-Sultan Ismail
-Jalan Ampang
-Jalan P Ramlee
-Jalan Raja Chulan
-Jalan Bukit Bintang
-Jalan Tun Razak
-Jalan Kuching
-Jalan Duta
-Jalan Langgak Tunku
-Jalan Bukit Tunku
-Jalan Tunku
-Jalan Tun Ismail
-Jalan Datuk Onn
-Jalan SultanSallehudin
-Jalan Parlimen
-Jalan Damansara
-Jalan Kinabalu
-Jln Sultan Hishamudin
Jalan Parlimen
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nazri Hussin berkata, lebuh raya yang ditutup adalah Lebuh Raya Bertingkat Ampang- Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
"Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada menggunakan jalan berkenaan.
"Aplikasi Waze boleh digunakan untuk mereka yang mahu ke pusat bandar," katanya..