Translate

28 May 2017

Polis buat Ops Samseng di Jalan Klang Utara

Ops Samseng Jalanan Klang Utara




JENAYAH MINGGU INI.

LAGAK SAMSENG YANG MENJENGKELKAN PENDUDUK SETEMPAT BERAKHIR SELEPAS KEGIATAN ITU MENDAPAT PERHATIAN POLIS.

BUKTINYA... KIRA-KIRA 471 PENGGUNA JALAN RAYA TERMASUK REMAJA DIPERIKSA DALAM OPS SAMSENG JALANAN DEKAT LEBUHRAYA GRANN SHAPADU DAN TANJUNG HARAPAN MALAM TADI.

OPERASI MENGEJUT BERMULA JAM 5 PETANG ITU DIGERAKKAN DENGAN KEKUATAN 5 PEGAWAI DAN 60 ANGGOTA DARI IPD KLANG UTARA.

KETUA SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD KLANG UTARA ASP MUHAMMAD IRWANI NOORULDIN BERKATA... AKTIVITI LUMBA HARAM ITU TURUT DISERTAI REMAJA BAWAH UMUR DAN DIPERCAYAI DILAKUKAN HAMPIR SETIAP PETANG SEHINGGA MENGANGGU PENGGUNA JALAN LAIN.


HASIL OPERASI.. SEJUMLAH 430 KENDERAAN DIPERIKSA...

DENGAN SAMAN SEBANYAK 362 HELAI KELUARKAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN.

MANAKALA 45 BUAH MOTOSIKAL DISITA.

ANTARA KESALAHAN TERTINGGI ... TIADA LESEN MEMANDU DAN NOMBOR PENDAFTARAN TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI.

SEORANG PEMUDA TURUT DICEKUP KERANA MENGGUNAKAN NOMBOR PLAT PALSU.

KESEMUA TAHANAN BERUSIA 13 HINGGA 26 TAHUN ITU DIBAWA KE IPD KLANG UTARA UNTUK TINDAKAN LANJUT.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED