Translate

29 May 2017

Jemaah di Masjid Bandar Baru Sentul Terkejut dengan laungan seorang lelaki "Akulah Tuhan, sembahlah aku"

'Akulah Tuhan, Sembahlah Aku' Kejutkan Jemaah

Foto: Sinar HarianFoto: Sinar Harian
KUALA LUMPUR: "Akulah Tuhan, sembahlah aku" kata-kata itu mengejutkan ratusan jemaah Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul, yang sedang solat Isyak kira-kira jam 8.50 malam tadi.
Laungan itu diikuti dengan kata-kata "ha bagus, sembah lagi" ketika jemaah sedang rukuk dan sujud.
Meskipun terganggu dengan situasi mengejutkan itu ia bagaimanapun tidak menjejaskan solat yang masuk pada rakaat ketiga setelah imam menguatkan suara.
Salah seorang jemaah, Mohd Ali Oshman, 52, yang berada di saf ketiga ketika kejadian berkata, dia terkejut dan terganggu dengan insiden itu.
Katanya, lelaki berkenaan dipercayai tidak bersama dalam saf solat namun tiba-tiba masuk ke ruang solat utama mengadap jemaah sambil melaungkan kata-kata itu.
"Imam menguatkan bacaan takbir 'Allahhuakhbar' bagi meredakan situasi sebelum beberapa kakitangan dapur masjid datang membawa keluar lelaki itu,"katanya.
Seorang lagi penduduk, Mohd Syabandi Saarani, 40, berkata, ketika insiden itu dia sedang mengambil wuduk.
"Saya dengar kekecohan itu dan bunyi bising ketika ada pihak yang membawa lelaki itu keluar dari dalam ruang solat,"katanya.
Sementara itu, Bilal masjid, Reza Iskandar, yang mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun menasihati jemaah agar tidak bimbang dengan keadaan itu kerana dalam keadaan terkawal.
Ujarnya, insiden itu merupakan kejadian ketiga pada tahun ini melibatkan individu sama di mana lelaki berkenaan juga pernah mengaku diri sebagai dajjal.
"Lelaki berusia 30-an itu merupakan kariah tetap masjid dan mempunyai masalah kesihatan mental dan bergantung dengan ubat. Dia dalam keadaan berhalusinasi dan tidak sedar apa yang dia buat.
"Sebelum ini ada laporan polis telah dibuat. Namun untuk hari ini pihak masjid telah uruskannya. Tiada sebarang keganasan berlaku dan semuanya terkawal.
"Lelaki ini dikenali dengan perwatakan yang baik dan merupakan jemaah tetap pada setiap solat fardu di masjid ini," katanya.

- Sinar Harian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 19 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Muar town viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 4 hrs 9 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '15 countries have sent trade deal p' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM awarded Doctor Of Law by Shenandoah University,' 4 hrs 27 mins ago