Translate

29 May 2017

Produk Kecantikan Datuk Seri Vida Ditarik Balik Dari Pasaran untuk kali kedua kerana mengandungi bahan berbahaya



Lagi Produk Kecantikan Datuk Seri Vida Ditarik Balik Dari Pasaran
Oleh RTKY Editor
28 May 2017, 01:05PM


Ini bukanlah kali pertama produk kecantikan keluaran Datuk Seri Vida ditarik balik dari pasaran kerana mengandung bahan berbahaya. Kali ini dua lagi produk Qu Puteh telah tersenarai dalam produk yang mempunyai racun berjadual oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Saya akan semak kes ini dan saya berharap pengguna tidak cepat melatah dan membeli produk saya dengan ejen bertauliah,” katanya kepada Projek MMO selepas dua produk kecantikan keluarannya ditarik balik.


Sementara itu, syarikat usahawan itu, Vida Beauty Sdn Bhd telah menarik balik dua produk itu dari dipasarkan ke pasaran selepas menerima notis daripada Kementerian Kesihatan. Bagaimanapun menurut, Datuk Vida, produknya itu telah ditarik balik dari pasaran dua bulan lalu.

Semalam Kementerian Kesihatan telah menyenarai tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual. Antaranya, Night Glowing, Night Glow, Glowing Speed Gold Day Cream, Glowing Speed Gold Night Cream, Qu Gebu AP Krim, Nour Ain Night Cream dan Royal Expert Whitening Cream.

Terdahulu, pada 22 Januari 2016, krim Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block telah ditarik balik setelah pemerikasaan Kementerian Kesihatan kerana mengandungi merkuri yang berbahaya. (rtky/w)

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas skim penipuan pelaburan, rampas aset ' 6 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'DBKL Arah Pembinaan Kuil Dihentikan | BEST FBKL' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Hessen viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 1 hr 52 mins ago