Translate

29 May 2017

Hafiz Suip Kecewa, Kebanyakan stesen radio sudah tidak memainkan lagunya.

Lagu Tak Dimainkan di Radio Sebab Tak Ikut Trend

..
Sepanjang dua tahun sepi daripada sebarang produk baharu, penyanyi Hafiz Suip mengaku dia sebenarnya berdepan dengan beberapa konflik membabitkan perjalanan karier seninya.
Memetik laporan Kosmo! bekas juara Akademi Fantasia (AF7) ini berkata satu hal yang mengecewakan adalah kebanyakan stesen radio sudah tidak memainkan lagunya.
Kata penyanyi berasal dari Kuching Sarawak ini, lagunya di tolak atas alasan tidak mengikut trend sekarang.
"Ada beberapa perkara yang berlaku menyebabkan hasrat saya untuk kembali aktif pada tahun ini terbantut. Perancangan tersebut sudah dibuat dengan pihak pengurusan Astro tetapi ia menjadi berubah selepas berlaku pertukaran pengurusan.
"Kalau diikutkan, memang saya akan kembali aktif untuk menghasilkan lagu sekali gus album pada tahun ini. Bukan itu sahaja, satu hal yang mengecewakan saya adalah kebanyakan stesen radio sudah tidak memainkan lagu saya.
"Ada beberapa buah lagu sudah dihantar di stesen radio tetapi mereka menolak dengan alasan, lagu-lagu tersebut tidak mengikut trend sekarang. Saya pelik juga, apa yang dimaksudkan dengan trend sekarang. Rupa-rupanya, trend tersebut adalah lagu-lagu berentak 1990-an," katanya yang kali terakhir muncul dengan single duet bersama penyanyi Misha Omar, Terimaku Seadanya.
Pun begitu, tegas Hafiz, dia tidak bercadang melakukan sepenuh perubahan dalam genre lagunya sebaliknya dia tetap ingin kekal dengan imej dan identitinya selama ini.
"Kalau mahu tukar sepenuhnya, saya memang tidak akan lakukan. Namun, kalau mahu mengikut trend, saya terpaksa tukar sedikit lagu-lagu saya dengan unsur 1990-an. Bagaimanapun, saya akan tetap mengekalkan identiti dalam industri iaitu muzik balada.
"Bagi saya, perlu untuk mempertahankan apa yang sudah dicapai sepanjang berada dalam industri," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC trace RM30' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Jakarta viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 2 hrs 43 mins ago