Translate

27 January 2017

Perkahwinan Dikatakan Goyang: "Biarlah Kami Selesaikan" - Hanez Suraya

Perkahwinan Dikatakan Goyang: "Biarlah Kami Selesaikan" - Hanez Suraya

mstar
Hanez Suraya berkongsi gambar ini di Instagram miliknya sambil menyatakan mereka masih bahagia. Foto dari Instagram @hanezsuraya
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya memberitahu situasi rumah tangganya dengan Romie Razin Adilha Abd Rais masih berada dalam suasana bahagia dan mereka kekal sebagai suami-isteri.
Hanez atau Hanez Suraya Abdul Aziz, 32, berkata, ketika ini  dalam proses untuk menyelesaikan masalah yang terjadi dalam rumah tangga yang dibina hampir dua tahun itu.

"Kami hanya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan, cuma saya dan suami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Apa yang berlaku biarlah kami selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi dan tokok tambah dari pihak-pihak tertentu," ujarnya menerusi laman sosial Instagram pada Rabu.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/01/25/hanez-suraya-rumahtangga/~/media/997f54b6fb6b4d438c53861d6c5b13e1.ashx?la=en
Hanez Suraya bersama anak dan suaminya. Foto dari Instagram @hanezsuraya
Pada Isnin lalu, aktres ini dilaporkan telah memfailkan perceraian secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Bagaimanapun, pelakon itu didakwa tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya hanya diwakili peguam.

Dalam pada itu, Hanez memohan maaf kerana mengambil langkah untuk berdiam ketika berita itu tersebar.

Katanya, dia perlu mengambil ruang untuk bertenang sebelum menjelaskan isu berkenaan kepada umum.

"Saya memohon maaf kepada semua pihak kerana mengambil langkah untuk diam bukan berdiam mengiyakan dan menafikan cuma mengambil masa untuk mencari ruang untuk tenang.

"Syukur Alhamdulillah, suami saya juga tenang dengan apa yang berlaku ini. Terima kasih sokongan kuat dari keluarga dan rakan-rakan rapat di luar.

"Doakan yang baik-baik untuk kami," ujarnya.

Hanez Suraya dan Romie, 37, berkahwin pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Puteri Aleesya yang kini berusia 13 bulan.

Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/01/25/hanez-suraya-rumahtangga/#ySm0j8FlZp1EFffy.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 14 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 5 hrs 28 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 5 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 26 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 6 hrs 35 mins ago