Translate

03 October 2016

5 peserta iaitu Reshma, Amal, Ara, Amir dan Afi. layak ke pentas akhir Akademi Fantasia (AF) 2016

Rakaman Konsert Separuh Akhir Akademi Fantasia 2016:
http://bestfbkl.blogspot.my/2016/10/akademi-fantasia-2016-live-konsert-af.html


Image result for Akademi Fantasia
Dato Shake dengan 5 Pelajar Yang Ke Konsert Akhir Akademi Fantasia 2016


5 peserta bersaing di pentas final AF 2016

SHAH ALAM: 
 5 peserta iaitu Reshma, Amal, Ara, Amir dan Afi. layak ke pentas akhir Akademi Fantasia (AF) 2016 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

2 peserta yang memperoleh undian terendah iaitu Zarol dan Rahila tersingkir pada peringkat separuh akhir 

Program realiti menggunakan format pemarkahan 100 peratus undian penonton, menyaksikan penyingkiran Zarol yang mendendangkan lagu Pesan Cinta dan Di Sebalik Rahsia Cinta. Rahila pula menoktahkan perjuangan dengan mempersembahkan lagu Cheap Thrills dan Senja Nan Merah. 

Pada peringkat separuh akhir, setiap pelajar diberi dua tugasan solo dan duet bersama penyanyi undangan. Apa yang menarik, lagu-lagu pada persembahan separuh akhir dipilih media. 

Program realiti itu diserikan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi popular, Dayang Nurfaizah yang mendendangkan single terbaharunya, Lelaki Teragung dan Seandainya Masih Ada Cinta. 

AF 2016 dikendalikan pengacara Alif Satar dan Zizan Razak. Datuk Ramli MS dan Datuk AC Mizal pula berperanan sebagai juri tetap. Kudsia Kahar turut memeriahkan malam separuh akhir AF 2016 sebagai juri jemputan.

Sumber. Berita Harian Online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED