Translate

01 June 2016

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

Penunggang motosikal kuasa tinggi maut terbabas
Nahas2
Kualalumpupost.net
May 27, 2016
Kuantan – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 41 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada pukul 10 pagi tadi.
Ketua Polis Bentong Supt Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata mangsa Arzami Barimin, 30, yang berasal dari Muar, Johor meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan di tempat kejadian.
Beliau berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki ZX1000-S dalam perjalanan ke Kuantan dari Kuala Lumpur bersama-sama 30 penunggang motosikal berkuasa besar yang lain
Mangsa bagaimanapun bergerak mendahului konvoi selepas berhenti di stesen minyak BHP Gombak dan apabila tiba di tempat kejadian telah terbabas ke kiri jalan dipercayai akibat menunggang dengan laju semasa menuruni selekoh berbukit.
“Kejadian menyebabkan mangsa dan motosikalnya melambung sebelum menghentam dinding batu di sebelah kiri dan masuk ke dalam longkang,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Mohamad Mansor berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama



Read more http://www.kualalumpurpost.net/penunggang-motosikal-kuasa-tinggi-maut-terbabas/

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED