Translate

04 June 2016

Pelakon dan pengacara terkenal, Hanis Zalikha telah selamat melahirkan anak lelaki

Hanis Zalikha Selamat Lahirkan Anak Lelaki Jam 8.15 Malam Tadi


Bekas blogger terkenal yang juga merupakan pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha telah selamat melahirkan anak lelaki kira-kira jam 8.15 malam tadi.

Kegembiraan memperoleh cahaya mata pertama itu telah dikongsikan oleh suaminya, Hairul Azreen, di laman Instagram miliknya.

"Alhamdulillah Jumaat, tepat jam 8.17 malam isteri saya selamat melahirkan zuriat kami yang pertama syukur ke hadrat Ilahi," tulisnya sambil menyatakan anaknya itu dinamakan sebagai Yusuf Iskandar.

Anak pertama pasangan ini dilahirkan sengan berat 3.85 kilogram dalam keadaan sihat walafiat.

Hairul dalam pada itu meminta peminat mendoakan yang baik untuk anaknya itu. -Siakapkeli.my


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED