Translate

26 May 2016

Teguran Awie membuatkan Amy Search terkilan atau bak kata Amy sendiri, teguran itu melukakan hatinya









Terkilan Teguran Awie, Amy Search Yakin Awie Hanya Dengar Cerita Sebelah Pihak

25 May 2016,

Nampaknya isu berkaitan Yazit daripada kumpulan Search turut mendapat reaksi daripada penyanyi rock Awie. Tapi apa yang tidak sedapnya ialah bila luahan dan juga teguran Awie dalam masa yang sama membuatkan Amy Search terkilan atau bak kata Amy sendiri, teguran itu melukakan hatinya

“Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja. Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini,” kata Awie kepada Malay Mail Online mengenai perkara tersebut.



Tidak menyalahkan Awie sepenuhnya, Amy menjelaskan kepada Astro Awani bahawa dia percaya bahawa Awie hanya mendengar cerita dari sebelah pihak saja namun tetap menyatakan perasaannya yang terluka dengan kenyataan tersebut.

“Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak. Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja,” jelasnya.


Sebelum ini, Amy pernah meluahkan perasaannya terhadap Yazit selain menyatakan bahawa dia sendiri tidak disukai Yazit sejak awal penubuhan kumpulan itu. Semoga kesudahan kisah ini nanti, Yazit akan kembali sembuh dan hubungan Amy dan Awie elok elok sahaja hendaknya. (rtky/s)

ROTIKAYA.COM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED