Supporters of former MIC president Datuk Seri G.Palanivel are trying to gain admission into the party's Emergency General Meeting being held on Sunday
At noon, former treasurer-general Datuk R. Ramanan was seen negotiating with police to be allowed to enter the EGM to voice his opinions as to why he believes the meeting to be illegal.
Many supporters of the Palanivel faction are gathered outside the meeting being held at the One City Mall, USJ 25, Subang, demanding to be let in.
There have been a few tense moments but police have calmed the situation.EGM MIC Luluskan Penangguhan Pemilihan Parti Hingga Selepas PRU-14
SUBANG JAYA, 29 Mei (Bernama) -- Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MIC di sini hari ini meluluskan penangguhan pemilihan parti itu ke suatu tarikh selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata perwakilan parti kaum India itu turut bersetuju untuk memberikan mandat dan kuasa kepada anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) untuk berbincang serta mengambil keputusan berhubung membawa kembali ahli-ahli MIC yang hilang keanggotaan parti selaras dengan perlembagaan MIC.
Mengulas tindakan penyokong bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang membuat kecoh di luar dewan sewaktu EGM berlangsung, Dr Subramaniam berkata EGM yang diadakan hari ini adalah sah dan mengikut peraturan dan perlembagaan parti.
Terdahulu, suasana di luar dewan menjadi tegang apabila kira-kira 50 individu yang dipercayai penyokong Palanivel membuat kecoh.
Bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan pula mendakwa dijemput tetapi tidak dibenarkan untuk masuk dan menyertai EGM itu.
EGM yang berlangsung selama tiga jam itu turut menyaksikan beberapa isu semasa berkaitaan masyarakat India seperti isu pendidikan, peluang kerja dan isu penukaran agama hangat dibahaskan para perwakilan.
-- BERNAMA