Translate

25 May 2016

Seorang pekerja kedai aksesori kenderaan Bawa Pistol, Peluru Dalam Kereta Safee Sali Didakwa Di Mahkamah



Shalihoddin Azman diiringi polis di mahkamah siang tadi.

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja kedai aksesori kenderaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memiliki senjata api dan peluru hidup secara tidak sah pada 15 Mei lepas.

Tertuduh, Shalihoddin Azman, 34, didakwa memiliki revolver Smith & Wesson 4 berserta sarung dan 30 peluru jenis 38 LRN Special Ball, di susur Lebuhraya Utara-Selatan Kempas di sini kira-kira 12 tengah hari.

Shalihoddin didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan di bawah Seksyen 8(1) Akta Senjata 1960. Ia masing-masing memperuntukan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan enam sebatan, serta penjara tidak melebihi tujuh tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sewaktu pertuduhan dibacakan dan meminta untuk dibicarakan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan kimia dan servis pistol daripada pihak pendakwaan.

Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Hazza Khalid.

Media sebelum ini melaporkan tertuduh ditahan bersama sepucuk pistol dan peluru ketika memandu kereta jenis Ford Ranger milik pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali.

Safee difahamkan menghantar kenderaannya itu ke kedai tempat tertuduh bekerja bagi diubah suai dan dijadual mengambilnya semula selepas tamat perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan PKNS FC pada 14 Mei lepas.

-Bernama

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Rakyat Malaysia disyaki rompak kedai emas di Thail' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed '30 saham teratas FBM KLCI dijangka kekal - MIDF | ' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anggota polis tertembak diri sendiri dipercayai ad' 3 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 4 hrs 15 mins ago