Translate

11 May 2016

Polis menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat pinjaman wang di beberapa bank

ACP Mohd Azlin dan DSP Tarmizi Menunjukkan Dokumen Yang Dipalsukan

Sindiket palsukan dokumen KWSP tumpas
HARIAN METRO


Subang Jaya: Polis menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat pinjaman wang di beberapa bank dengan
penahanan empat lelaki Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, dua daripada lelaki berkenaan adalah ejen yang menguruskan pinjaman bank.

Menurutnya, modus operandi suspek adalah memalsukan dokumen KWSP sebelum membuat permohonan pinjaman peribadi di bank komersial.

"Suspek akan mengubah jumlah dan tarikh pada penyata KWSP dengan hanya menampal kertas dan menyalin berulang kali sehingga gagal dikesan pegawai bank.

"Setakat ini dua pinjaman peribadi berjumlah RM27,800 daripada dua peminjam sudah diluluskan. Kita percaya dapat menyelesaikan dua kes ini dengan penahanan suspek,"katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 1:13 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED