Translate

24 April 2016

Rumah persinggahan pemain pertahanan JDT II, Zaquan Adha Abd. Razak dipecah masuk semalam, CCTV Merakam muka suspek.

Rumah Zaquan Adha Dipecah Masuk

Gambar besar : Foto suspek yang dimuat naik oleh Zakuan di Instagram.


JOHOR BAHRU 23 April - Rumah persinggahan pemain pertahanan JDT II, Zaquan Adha Abd. Razak dipecah masuk semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Jokhiri Abd Aziz, kejadian berlaku ketika pemain itu berada di Sabah untuk menyertai skuad JDT II menentang tuan rumah dalam saingan Liga Perdana.

Suspek dipercayai mengumpil tingkap bahagian dapur rumah mangsa,” katanya di sini hari ini.

Jokhiri berkata, setakat ini masih tidak dipastikan barangan yang hilang dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Zaquan berkata apabila dia pulang ke rumah itu dia mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak.

"Saya tiba di Johor, pada kira-kira 2 petang. Apabila pulang, saya mendapati rumah dalam keadaan berselerakan.

"Didapati pelbagai barangan termasuk beg berjenama milik isteri hilang,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Katanya, dia kemudian membuat laporan dibuat di Balai Polis Pasir Gudang, petang ini.

Zaquan juga turut memuat naik video kejadian di laman Instagramnya.

"Payung skt muka brader hensem yg suka masuk rmh org buat kerja amal ni...tg nasib kau syaitooonnnn", tulis beliau.



S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pegawai Polis Terkejut Jumpa Video S**s Anaknya Be' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 8 mins ago
A visitor from Middlesbrough viewed 'Trump's Gaza plan for 'Riviera of the Middle East'' 14 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 17 mins ago
A visitor from Taman senai viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 24 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 30 mins ago