Translate

24 October 2015

Seorang guru meminta kira-kira 20 muridnya menanggalkan pakaian masing-masing dan berbogel, menjadi viral di laman sosial,

Guru Tadika Suruh Bogel Beramai-Ramai

HENAN, CHINA: Seorang guru di sebuah tadika di daerah Henan, yang terletak di bahagian tengah China dilaporkan meminta kira-kira 20 muridnya menanggalkan pakaian masing-masing dan berbogel, menjadi viral di laman sosial, baru-baru ini.
Memetik laporan portal Shanghaiist, guru tadika tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Ma, didiakwa meminta murid-muridnya berbogel di dalam kelas dan menangkap gambar murid-murid yang tidak berpakaian lalu memuat naik ke aplikasi WeChat.
Ma ketika ditemui wartawan berkata, perbuatan itu tidak salah kerana ia merupakan sebahagian daripada  kurikulum pendidikan seks untuk membantu muridnya mempelajari setiap anggota tubuh badan manusia.
Menurut laporan tersebut, ibu bapa tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang sesi pembelajaran tersebut.
Rata-rata ibu bapa dan pengguna media sosial meluahkan perasaan kurang senang setelah melihat gambar yang tersebar di aplikasi WeChat dan media sosial.
Difahamkan, pengarah tadika dan guru yang terlibat dalam insiden terbabit sudah memohon maaf atas kejadian itu.
-mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bengkulu viewed 'Garis Panduan Majlis Akad Nikah - JAWI | BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Tiga kementerian pacu projek jambatan baharu Malay' 23 mins ago
A visitor from New york viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 29 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 30 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 31 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 31 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'KDN selesai lebih separuh daripada 12,101 permohon' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'KDN selesai lebih separuh daripada 12,101 permohon' 1 hr 26 mins ago
A visitor from San jose viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 1 hr 26 mins ago