Kesan Selepas Letupan Di China, Sekurang-Kurangnya 17 Mati Dan Lebih 400 Cedera

TIANJIAN: Penduduk di timur laut Tianjian, China semalam dikejutkan dengan satu letupan yang besar dan dasyat yang berlaku di gudang kontena menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh manakala lebih dari 400 orang cedera.
Gegaran kuat kerana letupan berkenaan boleh di rasai sehingga 10 km di mana ia menyebabkan bagunan yang berda berhampiran rosak teruk dan objek seperti kereta yang berada di sekelilingnya hangus terbakar.
Barang mudah terbakar yang dipercayai berada di dalam kontena yagn disimpan di dalam gudang telah meletup.

Gambar perlabuhan Tianjian di hari biasa sebelum letupan
Semasa operasi memadam kebakaran yang disebabkan oleh letupan dua anggota bomba pula dilaporkan hilang.
Memetik laporan CCTV, Presiden China, Xi Jinping pada awal pagi menggesa usaha menyelamatkan besar-besar untuk menyelamatkan mereka yang tercedera atau masih berada di kawasan yang berlaku letupan.




BACA: (Gambar & Video) Terkini: Letupan Dashyat di China, Gegaran Dirasai Sehingga 10KM
Menurut seorang penduduk, Chen Bingzhi, yang tinggal 4 km dari kawasan letupan, bagunan tempat kediamannya turut merasa kesan gegaran apabila tingkap rumahnya pecah.
"Apabila letupan pertama berlakum ia seperti satu gempa bumi yang kuat, hampir semua bagunan di sekeliling rumah saya cerminnya pecah."
"Saya mendengar orang menjeri-jerit tanpa henti, dan kemudian saya mendenagr letupan kedua saya lari keluar daripada rumah, banyak kereta telah tersadai di tepi jalan dan melalui tingkap saya dapat lihat orang tercedera kerana terkena serpihan kaca pecah dan ada yang terbaring di jalan," katanya.
Satu rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki terkena letupan dan pintu kaca mengenainya ketika hendak keluar dari sebuah premis berhampiran kawasan itu.
Hospital di sekitar bandar ini kini dipenuhi oleh mereka yang tercedera, Beijing News melaporkan,
Pegawai perubatan dari sebuah hospital memberitahu hospital telah sesak kerana semakin ramai datang di mana kebanyakkan mereka mengalami kecederaan kerana terkena serpihan kaca yang pecah. - Siakapkeli.my












T