Baru-baru kehadiran Awal Ashaari bersama Scha Al-Yahya ke sebuah majlis fesyen bukan saja mendapat perhatian malah telah mencetuskan isu panas apabila ada peminat yang menegur pengaraca tersebut kerana membiarkan isterinya berpakaian seksi.
Sesetengah pihak menyifatkan Awal sebagai seorang suami yang dayus kerana membiarkan isteri berpakaian menjolok mata untuk dijadikan tatapan umum.
Sementara itu, Awal menerusi laman Instagram miliknya memuat naik status menyatakan dia menghargai peminat di atas apa yang mereka suarakan selain memberitahu bahawa sesiapa yang ingin menegur, boleh berbuat demikian melalui alamat emel yang ditinggalkan.