Translate

02 January 2015

Pihak berkuasa Indonesia mempercayai mereka telah menemui bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 selepas dapat imej sonar

 Bangkai Pesawat Air Asia Dikesan Di Dasar Laut


JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mempercayai mereka telah menemui bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang selepas mendapat imej sonar yang besar, merupakan objek gelap terdampar di dasar laut. 


Objek yang dipercayai bangkai pesawat Airbus 320-200 itu dikesan dekat kawasan di mana serpihan dan mayat ditemui, lokasi terakhir pesawat tersebut.

Pihak berkuasa Indonesia berkata, mereka memperoleh imej sonar yang menunjukkan bahawa pesawat dalam keadaan terbalik kira-kira 30 hingga 50 meter di dalam laut.


Tujuh mayat ditemui di kawasan perairan itu setakat ini, dengan salah satu mayat adalah wanita yang memakai pakaian seragam pramugari.

Pakar penerbangan berkata, mayat yang berpakaian lengkap itu dapat menunjukkan bahawa pesawat itu tidak terjejas keadaannya ketika ia terhempas ke dalam air. – REUTERS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED