HAPPY CHINESE NEW YEAR 2020

HITZ FM LIVE

Thursday, 29 January 2015

44 Komando Terbunuh, Ketua Unit Elit Polis Filipina Dipecat



MANILA 27 Jan. – Pihak Polis Kebangsaan Filipina (PNP), hari ini mengarahkan pemecatan Ketua Pengarah Unit Pasukan Tindakan Khas (SAF), Getulio Napenas ekoran kematian berpuluh-puluh anggota elit pasukan kesela*matan itu dalam insiden pertempuran di Maguindanao dua hari lepas.

Menurut laporan portal berita tempatan, Inquirer, arahan tersebut dikeluarkan oleh Tim*balan Ketua Pengarah PNP, Jeneral Leonardo Espina yang juga merupakan pemangku Ketua Pengarah pasukan keselamatan terbabit.

“Saya sendiri memaklumkan kepada Napenas berhubung pemecatan beliau bagi memberi laluan kepada pihak atasan me*lakukan siasatan ekoran kejadian di pekan Mamasapano.

“Satu jawatankuasa khas te*lah ditubuhkan bagi menyiasat operasi polis yang menyebabkan pertempuran secara tidak sengaja dengan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF),” katanya.

Tempat Napenas akan digantikan oleh Timbalan Pengarah SAF, Ketua Superintendan, Nolo Talino.

Seramai 44 anggota komando SAF Filipina terbunuh dalam pertempuran dengan anggota kumpulan MILF apabila Napenas mengerahkan 392 anggota khas itu melancarkan operasi memburu militan di wilayah tersebut.

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Ne*geri, Manuel Roxas berkata, militan Malaysia yang dipercayai menjadi dalang pengeboman Bali pada 2002, Zulkifli Hir atau Marwan berkemungkinan besar terbunuh dalam operasi tersebut.

Roxas berkata, walaupun komando polis gagal mengeluarkan mayat suspek, tetapi beberapa gambar mayat mangsa berjaya diambil.

“Bagaimanapun, kami perlu menjalankan siasatan terhadap gambar tersebut bagi mengesahkan sama ada Marwan terbunuh atau tidak.

“Saya sendiri telah melihat gambar itu, tetapi sukar untuk memastikan mayat tersebut adalah Marwan,” katanya. – AFP

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

WEDDING & EVENTS VENUE -GARDEN PALACE @ D'SAJI TITIWANGSA

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, New Straits Times, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today, Malaysian Gazette, Berita Harian Online, Kosmo, Sinar Harian and Yahoo are shared in this blog bestfbkl.blogspot.com to keep the blog community better informed.

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.