Translate

30 January 2015

Balas Tweet PM Najib Mengenai MH370, Pengguna Twitter Disiasat Polis

P



Dek kerana satu tweet yang mendakwa kehilangan pesawat MAS MH370 adalah satu konspirasi, seorang pengguna Twitter kini dalam siasatan pihak polis.

Akaun Twitter yang menggunakan nama Fazel itu dipetik oleh ketua polis negara yang meminta pihak polis menjalankan siasatan apabila Fazel membalas satu tweet yang dimuat naik oleh akaun Twitter Perdana Menteri, Najib Razak.


Difahamkan, Fazel membalas tweet dari Perdana Menteri yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas MH370. Fazel menyatakan kemalangan Mh370 sebagai satu konspirasi, bukannya satu kemalangan.

"@NajibRazak jibjib..it's not an accident, it's a conspiracy", tulis Fazel dalam ruangan komen Tweet Najib Razak.

Menyedari perbuatan pengguna Twitter terbabit, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar kemudian menulis di Tweetnya, meminta agar PCIRC atau polis siber Malaysia menyiasat pengguna akaun Twitter terbabit"

PCIRC@PDRMsia Sila kesan dan siasat ‘Fazel’ di bawah ini,” kata Khalid.

Bersama tweet itu, Khalid juga turut menyertakan keratan gambar 'screenshot' yang memaparkan pengguna Twitter tersebut membalas tweet Najib Razak.

Semalam, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan MH370 sebagai kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal dianggapo terkorban.- Siakapkeli.com.my



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED