Translate

29 January 2015

Dua Pelancong Daripada Mesir Maut Terperosok Bawah Kereta

Dua Pelancong Maut Terperosok Bawah Kereta



Langkawi: Dua pelancong maut apabila motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta di persimpangan Jalan Kilim-Ayer Hangat, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 3.25 petang itu, penunggang skuter, Tarek Ibrahim Ahmed Hamza, 45, seorang doktor berasal dari Garbia, Mesir, disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Pasangannya yang juga pembonceng, Marwa Ibrahim Ahmad Elbendary, 39, seorang ahli farmasi, patah rusuk dan paha dilaporkan mati ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Langkawi (HL).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, kemalangan berpunca apabila skuter dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Kuah ke Ayer Hangat telah memasuki laluan bertentangan dan brek mengejut.

"Penunggang terbabit hilang kawalan menyebabkan mereka terjatuh di atas jalan raya sebelum kedua-duanya dirempuh kereta dari arah bertentangan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED